Tuesday, December 30, 2008

Monday, December 29, 2008

Tunku Mukhriz dimasyhur Yang Dipertuan Besar yang baru

Malaysiakini: Dec 29, 08 10:53am
http://www.malaysiakini.com/news/95538

Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz ibni Almarhum Tunku Munawir

Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.

Pemasyhuran tersebut berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti pada kira-kira jam 3.50 petang ini.

Pemasyhuran itu dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, dan disiarkan secara langsung oleh RTM.

Tunku Mukhriz, 59, dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, berikutan kemangkatan Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman Sabtu lalu.

Tunku Mukhriz dipilih daripada empat orang calon. Tiga lagi ialah Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Tuanku Ja'afar and Tunku Panglima Besar Tunku Putera Nadzaruddin Tuanku Ja'afar.

Baginda merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).

Tunku Mukhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar bagi menggantikan ayahandanya , selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdullah, namun baginda tidak dipilih atas alasan usia yang terlalu muda ketika itu iaitu 18 tahun.

Pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diputuskan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau.

Pemilihan itu adalah mengikut garis panduan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Sementara itu, istiadat pemakaman jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman akan dijalankan selepas solat Asar hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Tuanku Muhriz menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah King George V, Seremban dan meneruskan pengajiannya di Aldenhem School, United Kingdom.

Tuanku Muhriz memperoleh Sarjana Muda Undang-undang dari University College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom.

Tuanku Muhriz merupakan putera tunggal daripada enam putera serta puteri Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Ampuan Durah Binti Tuanku Besar Burhanuddin.

Tuanku Muhriz mendirikan rumahtangga dengan Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dari Terengganu dan mempunyai tiga putera iaitu Tunku Ali Redhauddin Muhriz, 31, Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz, 26, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, 23.

Pada 1967, Tuanku Ja'afar yang juga ayahanda saudara tiri Tuanku Muhriz, dilantik oleh Undang sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, memandangkan usia Tuanku Muhriz yang masih muda pada ketika itu, selepas kemangkatan ayahanda baginda, Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Muhriz adalah seorang ahli perniagaan dan pengarah Bangkok Bank.

Bacaan di Akhir Pekan - Manfaat Ayat Kursi

The Power oF AYATUL KURSI : kisah benar



Kisah benar dari US. Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.
Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
Saudari ni rasa amat terkejut dan terkesima bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalulah amalkannya.
Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini. Wassalam.
Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
“Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yang sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta di seluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuhMu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka. Amin, ya Rabbal ‘Alamin.”

Cerita ini saya jumpa di sebuah laman web iaitu http://tausyiah275.blogsome.com/2007/02/24/bacaan-di-akhir-pekan-manfaat-ayat-kursi/

WALLAHUALAM, WASALAM.

Sunday, December 28, 2008

Tuanku Ja'afar mangkat

Oleh Ziauddin Sharudin, Hussain Said dan Che Wan Badrul Alias
bhnews@bharian.com.my


Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan diserang angin ahmar

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), di sini, kira-kira jam 11.45 pagi semalam kerana angin ahmar.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Norzam Mohd Nor, berkata Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tuanku Besar Burhanuddin dan anak baginda, Datuk Seri Tuanku Puteri Jawahir serta dua cucu berada di sisi baginda ketika mangkat.

Beliau berkata, baginda mengadu sakit kepala dan tidak selesa kira-kira jam 8.10 pagi dan berikutan itu dua pakar perunding kanan HTJS, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K Sree Raman, dipanggil ke Istana Hinggap di sini untuk memberikan rawatan.

"Ketika dua pakar itu tiba di istana pada jam 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan baginda dibawa ke HTJS untuk rawatan segera,” katanya pada sidang media khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJS.

Hadir sama Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh; Pengarah Kesihatan negeri, Dr Zainal Arifin Omar dan kerabat Diraja Negeri Sembilan.

Norzam berkata, Tuanku Ja'afar kemudian dibawa ke HTJS dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha dilakukan oleh doktor pakar, termasuk memberi rawatan kecemasan.

"Bagaimanapun, baginda disahkan mangkat kira-kira jam 11.45 pagi," katanya.

Norzam berkata, jenazah Almarhum akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk istiadat penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

"Istiadat pengebumian akan diadakan selepas solat Asar Isnin ini.

“Jenazah akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai mulai petang ini (semalam),” katanya.

Sehubungan itu, Norzam berkata, Kerajaan Negeri Sembilan mengisytiharkan tempoh berkabung selama 40 hari, bermula semalam.

Sepanjang tempoh itu, semua premis, pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang.

"Dalam tempoh itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih, manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.

"Selain itu, semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh (dihentikan) sepanjang tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini (semalam),” katanya.

Norzam berkata, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London sudah dimaklumkan mengenai berita kemangkatan baginda dan beliau dijangka tiba di sini pada jam 10 pagi, hari ini.

Marilah kite bersama sedekahkan al fatihah kepada Tunku Ja'afar. AL-FATIHAH

[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Maal Hijrah 1430H

Salam semua. Alhamdulillah akhirnya hampir sudah kita ke Maal Hijrah. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Saya berharap Maal Hijrah merupakan satu titik perubahan dalam diri masing2 kearah kejayaan di dunia dan di akhirat. Selain itu, semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibar serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan kehidupan kita bagi keperluan hari² yang mendatang. Oleh itu saya ingin mengucapkan Salam Hijrah ke-1430 pada semua sahabat² muslimin dan muslimat.

Saya juga ingin menyentuh artikel ttg doa awal tahun dan akhir tahun yg diambil dari Utusan Malaysia : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Artikelnye begini:

Bulan Muharam - Elakkan sebarang kepercayaan karut

Oleh ABD AL-RAZZAQ A.MUTHALIB

KESEDARAN umat Islam mengisi kedatangan bulan Muharam yang mulia ini dengan pelbagai amalan merupakan satu tabiat yang baik.

Kita yakin bahawa semua amalan yang dilakukan ini tidak lain dan tidak bukan kecuali di atas satu niat, iaitu semoga ia akan dimasukkan dalam senarai amalan soleh yang akan diberikan ganjaran pahala di akhirat kelak.

Namun, peringatan Nabi s.a.w. di dalam urusan ibadah ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Daripada Aisyah r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada urusan kami (urusan agama), maka ia akan tertolak. (Riwayat Muslim).

Sebab itulah para ulama, di antaranya ialah al-Fudhail bin `Iyadh meletakkan bahawa syarat utama menjadikan sesuatu amalan itu diterima ialah ikhlas kerana Allah s.w.t. dan bertepatan dengan sunah Rasulullah s.a.w. Al-Fudhail mentafsirkan firman Allah di dalam surah Hud ayat 8 dan surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud:

Allah menjadikan semua itu untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya,'' beliau berkata: Iaitu yang lebih ikhlas dan lebih tepat. Sesungguhnya sesuatu amalan yang dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak tepat, maka ia tidak akan diterima, dan jika dilakukan dengan tepat tetapi tidak ikhlas, maka ia juga tidak akan diterima, sehinggalah ia dilakukan dengan ikhlas dan tepat.

Beliau berkata lagi: Dan ikhlas itu ialah apabila dilakukan hanya kerana Allah `Azza wa Jalla, dan yang dikatakan tepat itu ialah ia bertepatan dengan sunah. (Ibn Rejab, Jami' al-Ulum wa al-Hikam, Tahqiq: Dr. Yusof al-Baqa'i (Beirut: al-Maktabah al-'Asriah, cet. ke-3, 2000), hal.15)

Justeru, dalam keghairahan kita menambahkan amal ibadah di dalam bulan Muharam yang mulia ini, marilah kita mengambil sedikit masa untuk mengkaji dan menyemak semula, adakah amalan-amalan yang kita lakukan itu menepati syarat-syarat yang telah digariskan.

Di antara amalan-amalan pada bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih ialah:

1. Memakai celak pada hari Asyura dengan kepercayaan ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. Amalan ini diambil daripada hadis maudhu' (palsu) yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang memakai celak mata daripada arang pencelak mata pada hari Asyura, maka ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. (Rujuk: al-Albani, Silsilah Ahadith al-Dhaifah, 624). Ibn al-Jauzi, al-Maudhu'at, 2/116)

Hadis ini hukumnya maudhu' (palsu). Imam Ahmad berkata: ``Tidak ada riwayat (yang sahih) daripada Rasulullah s.a.w. tentang amalan memakai celak pada hari Asyura, dan ia adalah bidaah.''

2. Solat sunat yang khusus pada hari Asyura. Amalan ini juga bersumberkan hadis maudhu': ``Sesiapa yang sembahyang padanya (hari Asyura) empat rakaat, ia membaca pada setiap rakaat sekali surah al-Fatihah, dan lima puluh kali surah al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad), maka Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun.''

3. Mandi yang khusus pada hari Asyura dengan tanggapan dapat menghindarkan diri daripada sebarang penyakit pada sepanjang tahun. Amalan ini juga bersandarkan kepada sebuah hadis maudhu': ``Sesiapa yang mandi dan bersuci pada hari Asyura, ia tidak akan ditimpa sebarang penyakit pada sepanjang tahun, kecuali mati.''

4. Melebihkan pemberian seperti makanan, minuman, pakaian kepada ahli keluarga pada hari Asyura dengan harapan semoga akan dimurahkan rezeki sepanjang tahun. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Alqamah bin Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

Sesiapa yang melapangkan pemberian (makanan, minuman dan pakaian) kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan melapangkan ke atasnya rezeki sepanjang tahunnya. Hadis ini hukumnya maudhu', disebut oleh Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al-Maudhu'at,2/115).

5. Menyediakan makanan yang khas seperti bubur (bubur Asyura) yang dikaitkan dengan sunah Rasulullah s.a.w. atau disandarkan kepada peristiwa Nabi Nuh a.s. yang menyuruh para pengikutnya memasak daripada sisa-sisa makanan dan biji-bijian setelah mendarat dan selamat daripada taufan besar.

Ini juga adalah tanggapan yang tidak benar dan ia bersumberkan cerita-cerita dongeng Israiliyat. Inilah yang disebut oleh al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab Qashas al-Anbiya.

6. Membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Tidak terdapat sebarang hadis sahih yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas, sebagaimana yang diamalkan oleh sesetengah daripada umat Islam.

Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus.

As-Syiekh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' menyebut bahawa kebanyakan hadis maudhu' yang berkaitan dengan amalan pada bulan Muharam khususnya pada hari Asyura telah dicipta oleh golongan pembunuh Husain.

Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah Ibn al-'Izz al-Hanafi: ``Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi s.a.w. sebarang amalan pun pada hari Asyura selain puasa Baginda.

Ada pun golongan Rafidhah melakukan bidaah dengan mengadakan upacara berkabung demi melahirkan kesedihan di atas pembunuhan Husain pada hari ini.

Dan golongan yang jahil daripada Ahli Sunah menzahirkan kegembiraan mereka dengan membuat makanan daripada biji-bijian (bubur) dan memakai celak, dan mereka meriwayatkan hadis-hadis maudhu' tentang bercelak mata dan melapangkan pemberian makanan dan pakaian kepada ahli keluarga.''

(Syiekh Ali Mahfuz, al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)

Demikianlah beberapa contoh daripada amalan-amalan umat Islam di dalam bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih, mahu pun para sahabat dan para Imam kaum Muslimin.

Justeru, jalan yang terbaik ialah dengan mengikuti sunah Baginda s.a.w. dan seburuk-buruk perkara pula ialah mencipta sesuatu yang baru di dalam urusan agama. Semoga kita semua diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. untuk mengikuti sunah Rasulullah s.a.w.

Saya juga pernah bertanyakan soalan ttg doa awal tahun dan akhir tahun kepada guru saya. Dia juga menyokong artikel ini. Namun begitu, tidak bersalah sekiranya kite berdoa pada hari itu. Janganlah kita beriktikad dengan bahawa Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut, Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini" ataupun membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas. Just iktikadkan bahawa kite hanya berdoa supaya memperoleh cinta Allah dan doa itu ikhlas kerana Allah SWT. So, ini just pendapat saya dan guru saya. Sekiranya saya ada tersalah maka betulkanlah.

Oleh itu, saya sediakan doa awal tahun dan doa akhir tahun;

Doa Awal Tahun


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Akhir Tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Bonus (Cara Bacaannya) :



So, saya mendoakan supaya semua kaum muslimin dan muslimat diampunkan dosa dan memperoleh cinta dan kasih Allah SWT. Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Ar- Ra’d: 11)

Sabda Rasulullah SAW:
"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)

WALLAHUALAM, WASALAM.

Monday, December 22, 2008

Epik High feat. Taru - 1 Minute 1 Second

Lagu ini amat menarik bagi saya. Muzik nye yang agak kreatif bagi saya malah video klip lagu ini pown kreatif. So, I hope u enjoy this song.

Pening Kepala!

Hari ini merupakan hari yang memeningkan kepala saya. Kepala ini terasa bagai dihantuk banyak kali. Saya sungguh tak sangka masa bergerak begitu pantas. Saya rasa macam semalam jer baru habis SPM. Sedihnye!!!! Namun begitu masa dah berlalu dan berbilang hari lagi akan tahun baru. Perkara yang memeningkan kepala saya sebenarnye saya kena susun dgn lebih teratur dalam pengurusan hidup saya ni. Segala idea2 kehidupan atau perancangan hidup yang masyuk perlu disusun mengikut kepentingan. Inilah yang memeningkan minda saya ni. Habis serabut otak saya dibuatnya. Projek menyusun pengurusan hidup ini akan digelar sebagai Al-Islah. So, hari ini juga saya kena siapkan semua projek ni. Saya berdoa agar projek ini dapat disiapkan hari ini juga. Saya juga berdoa kepada semua pembaca blog saya agar dapat mengurus kehidupan masing2 dgn baik dan perkara yang tidak sia-sia.

Answer for the 5 Jokes from 1001 Cool Jokes

Firstly;
Bark!

Secondly;
Swimming trunks!

Next;
Lambo.

Then;
Because they have big fingers.

Lastly;
A mam-moth.

That's it! Thanks 4 who has trying to answer it.

Sunday, December 21, 2008

THIS SONG IS FOR ALL MY FRIENDS



My Song And..

I made a song for you, my friend
I made a song that I will sing for you
Filling my life with many beautiful lights
And a thousand melodies
You are my paradise

I made a song for you, my dream
I made a song that I will sing for you, my friend
Falling in love with every part of your life
Until the end of time
I love you more
than my life

I wanna know you more
When you call me an angel
When you closely look into my eyes

Even though my love for you may fade away
I wanna give you more than words ever say
Cause I believe in you
And my song will fill the air when we’re apart

Even though my love for you may fade away
I wanna let my words be true to the end of time
Cause I believe you’ll never forget
and I won’t forget the song in my heart

Every time when I was down
You always came around
And you love all the lights in my life

I am gonna sing forever
I am gonna sing forever

Close your eyes
I wanna give you more than words ever said
Cause I believe in you
And my song will fill the air when we’re apart

Even though my love for you may fade away
I wanna let my words be true to the end of time
Cause I believe you’ll never forget
And I won’t forget this song in my heart

I wanna sing for you my friend
I wanna sing for you with all my heart
I wanna sing for you my dream
I wanna sing for you my..

Just Enjoy The Song

5 Jokes From 1001 Cool Jokes...hehe

Firstly;
What do dogs and trees have in common?

Secondly;
What do you get when you cross an elephant with a fish?

Next;
What do you call a lamb with a machine gun?

Then;
Why do gorillas have big nostrils?

Lastly;
What's the biggest moth in the world?

p.s answer the joke and the answer will given on 23/11 hehe........

Saturday, December 20, 2008

Hanya sekadar penghibur hati

Ku hanya la insan biasa,
Mengharapkan kasih yg tak kesampaian,
Ku sekadar melukut di tepi gantang,
Menunggu harapan nan tiba,
Ku tahu apalah aku,
Mengharapkan ihsan orang,
Ku sedar siapalah aku,
Mungkin insan yg tak diundang,
Dalam hidupmu,
Biarla jiwa dan jasad ini pecah bederai,
Namun harapan tetap akan ku nantikan,
Maafkan ku sekiranya ku menganggu kebahagiaanmu,
Jangan hatimu remuk kerana ku,
Segalanya telah ku maafkan,
Mungkin inilah sekadar monolog hati,
Monolog insan biasa.

Copyright 2008 @ Fuyu

Mawi & Ekin Selamat Dijabkabulkan

Syukur ke hadrat Illahi hari ini dalam sejarah akhirnya Mawi & Ekin selamat dijabkabulkan. Mawi hanya dengan satu lafaz sahaja hanya maka mereka menjadi suami isteri. Saya amat gembira kerana satu ikatan yang amat suci iaitu perkahwinan telah dibina antara Mawi & Ekin dengan mengikut syarak. Saya berdoakan untuk mereka agar ikatan suci mereka akan berkekalan hingga akhirat denga berlandaskan Islam. Bagi saya, perkahwinan bukan satu perkara ringan tetapi satu perkara yang amat besar dalam kehidupan manusia. Perkahwinan ini bukanlah satu keistimewaan tetapi ianya adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bersama-sama antara seluruh ahli keluarga. Perkahwinan ini boleh menjadi sesuatu perkara yang menarik apabila seluruh ahli keluarga saling bertoleransi, bertanggungjawab, amanah dan jujur. Kita selalu melihat kebanyakan orang kahwin tak lama sudah bercerai. "Kenapa hal ini boleh berlaku?" soalan yang sering saya tanya pada diri sendiri. Bagi pendapat saya, seseorang itu apabila hendak berkahwin perlulah melakukan satu proses "ice-breaking" untuk diri sendiri atau dipanggil muasabah diri. Pelbagai soalan boleh ditanyakan dalam proses.

Namun saya hanya akan menyentuh sedikit persoalan yang mungkin kebanyakan orang lupa hendak bertanya kepada diri sendiri. Antaranya, "Perlukah kita kepada Allah SWT?". Apabila soalan itu dijawab dengan menyatakan memang saya perlukan Allah SWT, maka barulah kita tanya adakah kita sebenarnya hambaNya dan adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Hal ini akan membuat kita tahu kelemahan kita kerana sekiranya kita tak menjalankan tanggungjawab kita dengan Allah SWT, bagaimana kita hendak menjalankan tanggungjawab kita dengan manusia. Habum minAllah, Habum minnas.

Muasabah diri sebelum perkahwinan perlu dilakukan agar kita dapat menjalankan tanggungjawab kita dalam keluarga. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa apabila kita mengikut segala yang terdapat di dalam Al-Quran dan As-Sunnah maka kita takkan sesat. Hal ini menunjukkan bahawa hidup ini perlu berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah serta perkahwinan. Saya juga berharap perkahwinan Mawi & Ekin bukan seperti perkahwinan sesetengah artis yang kahwinnya sekejap lepas itu bercerai. Hargailah setiap kehidupan kita dengan menjalankan tanggungjwab kita. Perlindungan Allah SWT akan diperoleh sekiranya Hukum2 Allah SWT dilaksanakan oleh manusia. Cintailah Allah SWT melebihi segala-galanya maka kita mengasihi seluruh ahli keluarga kita.

Doa Pembuka 12 Pintu

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Doa Untuk Mawi & Ekin

Ya Allah, Mudah-mudahan Engkau memberkati kedua-dua pasangan suami isteri Mawi & Ekin dalam segala hal (yang baik) dan Engkau kekalkan ikatan perkahwinan mereka hingga akhirat kelak. Lindungilah mereka dari segala kejahatan yang tersembunyi atau tidak tersembunyi. Ya Zal Jalal Wal Ikram Amin.


Ingatlah bahawa doa itu merupakan resepi kerjayaan di dunia dan di akhirat.

Friday, December 19, 2008

Assalamualaikum

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Illahi akhirnya saya akan menulis blog. Saya berharap segala nukilan saya akan menjadi satu penggerak dalam hidup saya malah dalam hidup pembaca blog saya juga. Segala nukilan saya hanya sekadar monolog hati saya dan buah fikiran saya. Segala pengalaman hidup saya akan saya kongsikan. Hidup ini hanyalah ibarat seorang musafir dalam perjalanannya dan akan ada perhentiannya iaitu akhirat. Hargailah hidup kita segala tidak terhenti nafas dari tubuh.

Oh.... Bunga Sakura,
Indah sungguh warnamu,
Tak dapat dinukilkan dengan kata-kata,
Mewarnai lagi keindahan alam ini,
Inilah dikatakan keindahan ciptaan Tuhan Yang Esa.

Guided Ways

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Looking for Ways of Life

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com