Thursday, May 28, 2009

Allah Jua Tempat Kembali Makhluk Siri 1

Ayatul Syifa' : Al-Quran Sebagai Rahmat dan Penyembuh

Ayatul Syifa' : Al-Quran Sebagai Rahmat dan Penyembuh

Sesungguhnya di dalam al-Quran banyak menyebut tentang ayat-ayat kesembuhan (Ayatul Syifa’) yang membentangkan pelbagai pengajaran penting berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan diri. Ayat-ayat yang dimaksudkan ialah seperti berikut:

1. Surah at-Taubah: 14:

قَـٰتِلُوهُمۡ يُعَذِّبۡهُمُ ٱللَّهُ بِأَيۡدِيڪُمۡ وَيُخۡزِهِمۡ وَيَنصُرۡكُمۡ عَلَيۡهِمۡ وَيَشۡفِ صُدُورَ قَوۡمٍ۬ مُّؤۡمِنِينَ

Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.

2. Surah Yunus: 57:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ
Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

3. Surah an-Nahl: 69:

ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٲتِ فَٱسۡلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً۬‌ۚ يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ۬ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِ‌ۗ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ

Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.

4. Surah al-Isra’: 82:

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارً۬

Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.


5. Surah asy-Syu’ara’: 80:

وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ
Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku,

6. Surah Fussilat: 44:

وَلَوۡ جَعَلۡنَـٰهُ قُرۡءَانًا أَعۡجَمِيًّ۬ا لَّقَالُواْ لَوۡلَا فُصِّلَتۡ ءَايَـٰتُهُ ۥۤ‌ۖ ءَا۠عۡجَمِىٌّ۬ وَعَرَبِىٌّ۬‌ۗ قُلۡ هُوَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ هُدً۬ى وَشِفَآءٌ۬‌ۖ وَٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ فِىٓ ءَاذَانِهِمۡ وَقۡرٌ۬ وَهُوَ عَلَيۡهِمۡ عَمًى‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يُنَادَوۡنَ مِن مَّكَانِۭ بَعِيدٍ۬

Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".
[*1] Yang dimaksudkan suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.

Ketaatan Kepada Perintah Rasulullah dalam Penjagaan Kesihatan
Allah s.w.t. menyuruh setiap hambaNya agar mentaati Rasulullah saw, seperti yang tersebut dalam al-Quran (al-Hasyr:7).

Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota Maka adalah untuk Allah, untuk rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang Kaya saja di antara kamu. apa yang diberikan Rasul kepadamu, Maka terimalah. dan apa yang dilarangnya bagimu, Maka tinggalkanlah. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Amat keras hukumannya.

Mengenai hal-hal yang berkaitan dengan rawatan, Rasulullah saw. ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran.
Baginda bersabda:
Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan, iaitu dengan menggunakan madu dan al-Quran- Riwayat Ibnu Majah.
Dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam sunannya, Rasulullah saw. ada bersabda:
Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit, dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat, dan jangan berubat dengan benda yang haram.
Hadis ini diperkuatkan dengan hadis-hadis lain, di antaranya hadis yang berbunyi:
Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyedia¬kan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua.

Al-Quran mengandungi pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, memelihara kesihatan jasad juga roh. Dalam surah al-Maa-idah: 6:

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub Maka mandilah, dan jika kamu sakit[*2] atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh[*3] perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.
[*2] Maksudnya: sakit yang tidak boleh kena air.[*3] Artinya: menyentuh. menurut jumhur Ialah: menyentuh sedang sebagian mufassirin Ialah: menyetubuhi.

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menyuruh orang yang beriman yang hendak mendirikan sembahyang agar membasuh muka dan tangan hingga ke siku, menyapu rambut dan kedua belah kaki hingga ke buku lali. Sesungguhnya wuduk yang dilakukan itu berupaya memelihara jasad, menjaga kulit daripada objek najis yang terdapat pada¬nya. Membersihkan tanah, debu, kotoran-kotoran dan kuman yang mengotorkan tangan. Begitu juga dengan amalan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung, bersiwak untuk memelihara gigi dan alat penghadaman makanan, Allah s.w.t. juga menyuruh orang yang berjunub agar membersihkan diri (al-Maa-idah: 6) untuk membersihkan seluruh jasad, mengembalikan kecerdasan tubuh, memulihkan semula edaran darah juga mencergaskan fungsi sendi otot dan urat saraf.

Di samping membersihkan anggota zahir, sembahyang merupakan tuntutan menyucikan batin. Mengelakkan diri daripada melakukan dosa-dosa kecil yang ber¬panjangan juga kemungkaran dosa-dosa besar. Akan lahir daripada ibadah tersebut semulia-mulia akhlak dalam diri. Dengan sembahyang jiwa menjadi tenang. Ketenangan merupakan asas kesejahteraan individu.

Allah s.w.t. mewajibkan setiap orang agar berpuasa untuk melahirkan rasa takwa. Berpuasa secara tidak langsung memberi kerehatan pada seluruh organ peng¬hadaman, menyebabkan puasa sekarang ini merupakan satu kaedah terbaru, yang diterima umum untuk mengu¬bat penyakit dalam perut, radang paru-paru, sakit sendi juga lain-lain penyakit serius.

Untuk memelihara kesihatan, Islam menegah se¬seorang 
Memakan makanan yang memberi mudarat seperti bangkai, babi dan sebagainya, juga melarang zina kerana ia merosakkan diri dan masyarakat. Rasulullah saw. juga memberi amaran agar jangan memasukkan makanan ke dalam makanan (menambah makanan sebelum makanan di mulut hancur terkunyah), memberi amaran tentang bahaya taun dan kusta dan menggesa orang yang sakit agar berubat. Baginda juga menegah seseorang membuang air kecil di air yang berlari.

Mengambil makanan ketika perlu merupakan satu faktor utama kesihatan yang 
berterusan. Selain daripada mendatangkan mudarat, amalan menelan makanan sebelum hadam, melakukan pergerakan yang banyak selepas makan juga tidak baik.
Baginda saw. juga menyuruh agar setiap makanan dan minuman ditutup dengan menyebut nama Allah, agar tidak jatuh padanya binatang yang beracun, yang boleh membunuh pemakan atau peminumnya.

Allah s.w.t. menegah seseorang makan atau minum berlebihan (A1-A’raaf: 31),

Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di Setiap (memasuki) mesjid[*4], Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan[*5]. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.B[*4] Maksudnya: tiap-tiap akan mengerjakan sembahyang atau thawaf keliling ka'bah atau ibadat-ibadat yang lain.[*5] Maksudnya: janganlah melampaui batas yang diperlukan oleh tubuh dan jangan pula melampaui batas-batas makanan yang dihalalkan.

Al-Ustaz Marzuq (1989: 28) menjelaskan bahawa sekiranya seseorang itu ingin hidup terhindar daripada penyakit, mereka hendaklah makan dalam keadaan sederhana, Punca penyakit ialah makanan yang berlebihan.
Sayidina Umar ada berkata:
Jauhilah makan berlebihan, sesungguhnya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, me¬nyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk — Riwayat Abu Naim.

Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda:
Orang mukmin makan dalam satu perut, walhal orang kafir makan dalam tujuh perut — Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Hadis yang mulia ini mengandungi rahsia kesihatan yang besar. Orang yang sedikit makan, sedikit minumnya. Orang yang sedikit minumnya, kurang tidurnya. Daripada orang yang kurang tidur akan lahir keberkatan pada umurnya. Sebaliknya orang yang penuh perutnya, banyak minumnya, menyebabkannya banyak tidur. Orang yang banyak tidur kurang keberkatan umurnya.

Orang yang mengambil makanan berpatutan sejahtera alat penghadaman tubuhnya. Menyebabkan tubuh dan hatinya dalam keadaan baik. Sebaliknya orang yang banyak makan alat penghadamannya akan lemah, penat bekerja dan berkemungkinan akan rosak, menyebabkan rosak seluruh jasad, keras hatinya, pendengarannya lambat menerima hakikat, menyebabkan seluruh panca¬inderanya sukar tunduk taat kepada perintah Allah, untuk patuh melakukan sesuatu yang baik
Sumber: http://akrinebera.blogspot.com/

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul

Dato' Husam Musa 
Wed | May 27, 09 | 2:57:19 pm MYT

Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta
Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa
Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.

Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.

Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.

Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?

Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.

Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.

Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.

Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.

Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.

Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:

Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.

Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.

Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.

Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih. - mr_

Monday, May 25, 2009

Berfikir Sejenak 1 Pagi

Email Sahabatku:Bila Paderi Dedah Rahsia

Setelah beberapa kali menerima dan membaca email ini, ingin aku berkongsi
dengan anda semua..
Bacalah kawan2..

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
” LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN“
Hayati kandungannya

Bismillahirrahmanir rahim. Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan
dan manfaat untuk kita,
insya Allah… Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di
Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah
berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.
Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika
, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.. Hubungan mereka semakin
akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan- jalan di sebuah perkampungan di
Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.
Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia
keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi
permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu
bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka..

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan
lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat
kepada para hadirin dan berkata, ” Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku
harap dia keluar dari sini.” Pemuda Arab itu tidak bergerak dari
tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun
dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu
berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ”
Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu
bahawa saya seorang Muslim?” Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat
di wajahmu.”
Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan
kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk
memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim
itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda
harus menjawabnya dengan tepat. ” Si pemuda tersenyum dan berkata,
“Silakan!”

Sang paderi pun mulaibertanya,
“Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api,
siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercip tadari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan
siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting,
setiap ranting mempunyai 30 daun,
setiap daun mempunyai 5 buah,
3 di bawah naungan
dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada
Allah.
Setelah membaca “Bismillah.. .”
dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah
Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah
Malam dan Siang. Allah s.w.t.
berfirman, ” Dan
Kami jadikan malam dan siang sebagai
dua tanda (kebesaran kami).”
(Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah
kesilapan yang dilakukan Nabi Musa
ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh
seorang anak kecil dan ketika
menegakkan kembali dinding yang hampir
roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah
Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah
Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah
jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan
makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah
Langit yang tujuh lapis. Allah s..w.t.
berfirman, “Yang telah menciptakan
tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan
Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang
tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah
Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.
Allah
s.w.t. berfirman, ” Dan malaikat-
malaikat berada di penjuru-penjuru
langit.
Dan pada hari itu delapan orang
malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di
atas
(kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah
mu’jizat yang diberikan kepada Nabi
Musa yaitu: tongkat, tangan yang
bercahaya, angin topan, musim
paceklik,
katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah
Kebaikan. Allah s..w.t.
berfirman, “Barang siapa yang berbuat
kebaikan maka untuknya sepuluh kali
lipat.” (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah
jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah
Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, “Dan (ingatlah)
ketika Musa memohon air untuk kaumnya,
lalu Kami berfirman, “Pukullah batu
itu
dengan tongkatmu.” Lalu
memancarlah
daripadanya dua belas mata air.” (Al-
Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah
jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun
tidak mempunyai ruh adalah
waktuSubuh.
Allah s.w.t.. berfirman, “Dan waktu
subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing. ” (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah
Ikan yang menelan Nabi Yunus
AS...

-Mereka yang berdusta namun masuk ke
dalam surga adalah
saudara-saudara Nabi Yusuf,
yakni ketika mereka berkata
kepada ayahnya, “Wahai ayah kami,
sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba
dan kami tinggalkan Yusuf di dekat
barang-barang kami, lalu dia dimakan
serigala.” Setelah kedustaan
terungkap,
Yusuf berkata kepada mereka, “Tak ada
cercaan terhadap kamu semua.” Dan
ayah
mereka Ya’qub berkata, “Aku akan
memohonkan
ampun bagimu kepada Rabbku.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Yusuf:9

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun
tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya
sejelek-jelek suara adalah suara
keldai.” (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa
bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing
Nabi Ibrahim..

-Makhluk yang diciptakan dari api
adalah Iblis, yang diazab
dengan api
ialah
Abu Jahal dan yang terpelihara dari
api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t.
berfirman, “Wahai api dinginlah dan
selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah
Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan
batu adalah tentara bergajah dan yang
terpelihara dari batu adalah Ashabul
Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan
dianggap perkara besar adalah Tipu
Daya
Wanita, sebagaimana firman
Allah
s.w.t. “Sesungguhnya tipu daya kaum
wanita
itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting
setiap ranting mempunyai 30 daun,
setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di
bawah teduhan dan dua di bawah sinaran
matahari maknanya: Pohon adalah Tahun,
Ranting adalah Bulan, Daun adalah
Hari dan Buahnya adalah Solat yang
lima waktu, Tiga dikerjakan di malam
hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa
takjub
mendengar jawapan pemuda Muslim
tersebut. Kemudian dia pun mula hendak
pergi. Namun dia mengurungkan
niatnya
dan meminta kepada paderi agar
menjawab satu pertanyaan saja.


Permintaan
ini
disetujui oleh paderi.


Pemuda ini berkata, “Apakah kunci
surga itu?”

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi
menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun
berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil.

Orang-orang yang hadir di gereja itu
terus mendesaknya agar menjawab
pertanyaan tersebut, namun dia cuba
mengelak.

Mereka berkata, “Anda telah
melontarkan 22 pertanyaan kepadanya
dan
semuanya
dia jawab, sementara dia hanya memberi
cuma satu pertanyaan namun anda
tidak
mampu menjawabnya! “

Paderi tersebut berkata, “Sesungguh
aku tahu jawapannya, namun aku takut
kalian marah.”

Mereka menjawab, “Kami akan jamin
keselamatan anda. “

Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah:
Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. “

Lantas paderi dan orang-orang yang
hadir di gereja itu terus memeluk
agama
Islam. Sungguh Allah telah
menganugerahkan kebaikan dan menjaga
mereka
dengan Islam melalui tangan seorang
pemuda Muslim yang bertakwa.**

NOTA:


Ini merupakan sebuah artikel yang
cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar
membaca dan memahami isi kandungan
Al-Qur’an bagi membolehkan kita
menangkis tohmahan dan menjawab
pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku
bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu
bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua
Kalimah Syahadah. Kerana itu
(kononnya)
apabila nazak seorang Kristian,
maka paderi akan datang membisikkan kalimah
itu ke telinganya dengan harapan dia
akan mati dalam Islam. Saya tidak
pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke
telinga orang nazak) benar atau tidak.
Namun saya pasti ahli kitab Kristian
tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua
Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak
mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana
bimbang akan kehilangan pangkat dan
kedudukan duniawi.

Wallahua’lam

Sumber: http://lutfimj2006.blogspot.com/2009/05/email-sahabatkubila-paderi-dedah-rahsia.html

Sunday, May 24, 2009

Puisi Sesat Dalam Hakikat

SESAT DALAM HAKIKAT

Sesat tidak manusia itu
disukat dalam cetek ilmu
menjadi neraca hayat
menimbang kebenaran hakikat.

Akan sentiasa dalam sesat
jika kering ilmu makrifat.

Jika kosong dada, kosong jiwa
sekalipun kaya sihat, kaya harta
masih juga menjunjung sesat
kerana hidup dunia untuk akhirat.

Hanya dengan makrifatullah
benar-benar menunjukkan
mana duniawi mana ukhrawi
membenar lagi menyelamatkan
hakikat kebahagiaan hayat
berawal dunia mengekal akhirat.

NAWAWEE MOHAMMAD
Jertih, Terengganu

Sumber : http://penyair.wordpress.com/2009/05/18/puisi-sesat-dalam-hakikat/

Friday, May 22, 2009

Harun ar-Rasyid dan Fudhail bin Ayyadh

Kisah menarik, buat teladan.


Suatu musim haji, khalifah Harun ar-Rasyid pergi ke Makkah untuk menunaikan haji. Fadhal bin Rabi termasuk salah seorang pengiringnya.


Suatu malam, pintu rumah Fadhal bin Rabi diketuk. Fadhal segera bertanya: "Siapakah di luar?"


"Ikutlah perintah Amirul Mukminin," jawab suara di luar.


Fadhal terkejut kerana dia kenal suara itu. Itu suara khalifah Harun ar-Rasyid. Fadhal segera membuka pintu.


"Wahai Amirul Mukminin, kenapa tidak hantar orang suruhan tuan saja yang memanggil saya. Tak payahlah tuan datang ke mari."


"Tak usahlah difikirkan itu. Sekarang batinku sedang sakit, carikan aku orang alim tempat bertanya," kata khalifah.


"Di sana ada rumah Sufyan bin Uyaynah. Marilah kita ke sana," kata Fudhal.


Mereka berdua pun segera ke rumah Sufyan. Fadhal mengetuk pintu rumahnya.


"Siapa di luar?" soal Sufyan.


"Saya bersama Amirul Mukminin. Cepat buka pintu," jawab Fadhal.


Sufyan tergesa-gesa membuka pintu. "Wahai Amirul Mukminin, jika tuan menyuruh orang memanggil saya, akan segera saya datang mengadap."


"Terangkan kepadanya apa maksud kita," kata khalifah kepada Fadhal. Fadhal pun menjelaskan maksud kedatangan mereka. Khalifah dijemput masuk lalu mereka berdua berbicara soal agama. Setelah selesai, khalifah berkata kepada Fadhal. "Tanyakan kepadanya adakah dia mempunyai hutang. Akan kubayarkan."


Setelah menyerahkan sejumlah wang kepada Sufyan, mereka beredar.


"Kata-kata sahabatmu itu tidak memuaskan hatiku. Cari orang lain," kata khalifah.


"Di sana ada rumah Abdur Razak bin Hummam," kata Fadhal.


"Baik, mari kita ke sana," balas khalifah.


Sampai di rumah Abdur Razak, Fadhal mengetuk pintu. Abdur Razak keluar dengan tergesa-gesa apabila mengetahui khalifah yang datang ke rumahnya. Seperti Sufyan, dia menjawab pertanyaan-pertanyaan khalifah dengan sebaik-baiknya. Setelah itu, khalifah memberinya sejumlah wang untuk membayar hutang-hutangnya.


"Aku belum puas hati dengan keterangan sahabatmu. Carikan yang lain," ujar khalifah setelah mereka berlalu dari situ.


"Di sana ada rumah Fudhail bin Ayyadh. Baik kita ke sana," kata Fadhal.


Apabila sampai di rumah Fudhail, Fadhal mengetuk pintu."Siapa di luar?" ujar Fudhail apabila mendengar pintu rumahnya diketuk.


"Buka pintu segera, di luar ada Amirul Mukminin!" balas Fadhal.


"Apakah perkaraku dengan Amirul Mukminin maka pintu rumahku perlu dibuka di tengah malam begini?" soal Fudhail.


"Subhanallah! Bukankah engkau wajib taat kepada Amirul Mukminin?" Fadhal menjawab dengan marah.


Fudhail membuka pintu, kemudian terus menghilang pergi ke bilik ibadahnya di tingkat atas rumah itu setelah memadamkan lampu. Dalam kegelapan itu, khalifah dan Fadhal meraba-raba mencari Fudhail. Apabila terasa tubuhnya dipegang, Fudhail mengeluh.


"Aduh, halusnya tangan yang memegang tubuhku ini. Alangkah sayangnya, jika kelak tidak terlepas daripada azab Allah."


Khalifah segera bersuara, "Katakan kepadanya maksud kedatangan kita, moga-moga Allah memberinya rahmat."


"Apakah maksud kedatangan tuan ke mari? Sudah sedarkah tuan hai Amirul Mukminin, bagaimana orang memuji menyanjungmu, mengangkat meninggikan tuan? Tetapi bila kelak di hadapan Allah, tuan dapat pertanyaan apa-apa dari hal hidup, hanya tuan seorang yang menanggungnya. Orang yang paling cinta kepada tuan, itulah kelak yang lebih dahulu melarikan diri."


"Ingatlah wahai Amirul Mukminin, suatu kejadian yang belum lama, iaitu Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz ketika mula-mula memegang jawatan khalifah, dipanggilnya Salim bin Abdullah dan Muhammad bin Kaab dan Rajaa' bin Haiwah. Beliau berkata kepada mereka: 'Sekarang saya telah ditimpa bala, iaitu memangku jawatan sebagai khalifah, itulah sebabnya kalian saya panggil hendak bermesyuarat.'


"Fikirlah wahai Amirul Mukminin, dahulu Umar bin Abdul Aziz memandang khalifah itu sebagai bala bencana, dan tuan sekarang memandangnya sebagai suatu nikmat pemberian.


"Ketika itu hai Amirul Mukminin, Salim bin Abdullah berkata, 'Kalau engkau hendak lepas dari azab Allah, puasalah dari dunia dan berbukanya ialah ketika mati.' Muhammad bin Kaab pula berkata, 'Jika engkau hendak lepas daripada azab Allah, pandanglah orang yang lebih tua daripadamu sebagai ayah, yang sama umur sebagai saudara dan yang kecil sebagai anak. Hormatilah ayahmu, sayangilah saudaramu dan kasihi ana-anakmu.'


"Berkata pula Rajaa': 'Kalau engkau hendak lepas dari azab Allah, sayangilah kaum muslimin, seperti mana engkau menyayangi dirimu sendiri dan bencilah atas mereka barang yang engkau benci atas dirimu. Kalau semua itu sudah engkau jalankan, matilah bila engkau suka. Saya katakan perkataan ini, sedang hati saya sendiri sangat takut memikirkan bagaimana besarnya perkara yang engkau hadapi.'


"Hai Amirul Mukminin," kata Fudhail lagi. "Adakah orang yang berani menerangkan ini kepada tuan, sebagaimana mereka berani menerangkannya kepada Umar bin Abdul Aziz?"


Mendengar pertanyaan itu, khalifah tidak dapat menahan air mata. Dia menangis tersedu-sedu sehingga lemah sekujur tubuhnya.


Fadhal lalu berkata, "Hai Fudhail, kasihanilah Amirul Mukminin, janganlah terlalu banyak kata-katamu yang mendukacitakan hatinya."


"Hai anak si Rabi," kata Fudhail. "Yang sebenarnya membunuh Amirul Mukminin bukan saya, tetapi engkau dengan teman-temanmu. Adapun saya sendiri dengan perkataan-perkataan ini menunjukkan cinta yang suci kepadanya."


Khalifah lalu berkata, "Tambah lagi Fudhail. Tambah lagi...!"


Fudhail lalu membacakan isi surat dari Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz kepada wakil sebuah wilayah yang mengadukan pekerjaannya yang berat sehingga tidak cukup rehat.


'Hai saudaraku, ingatlah olehmu bagaimana payahnya penduduk neraka, sedang badan mereka tak mahu mati. Kalau engkau ingat yang demikian itu, engkau akan tahu kelak bahawa akan kembali juga engkau kepada Tuhanmu, baik pada waktu engkau sedar, atau pada waktu engkau tertidur sekalipun. Jangan engkau kecewa dalam perjalanan ini, supaya pengharapan jangan sampai terputus daripada engkau.'


"Setelah membaca surat itu, wakil tersebut meninggalkan pekerjaannya lalu pergi mengadap Amirul Mukminin Umar Abd Aziz. Katanya, 'Terbongkar hati hamba membaca surat tuan. Sejak hari ini, hamba tidak mahu lagi memegang negeri, memikirkan beban yang terpikul di atas pundak hamba dan berat pula tanggungannya di muka Tuhan. Biarlah hamba bersinggung dengan pekerjaan negeri, sampai datang kelak hamba menemui Allah Taala.'


Mendengar cerita Fudhail itu, bertambah remuk perasaan khalifah Harun Ar-Rasyid. Air matanya semakin lebat. "Tambah sedikit lagi Fudhail!" katanya.


"Ya Amirul Mukminin, pada suatu hari datang nenekku Abbas kepada Rasulullah SAW lalu berkata, 'Wahai Rasulullah, angkatlah hamba menjadi amir suatu wilayah.'


"Rasulullah menjawab, 'Hai Abbas, nafasmu yang turun naik itu, jika engkau hitung, lebih baik daripada menjadi amir. kerana menjadi amir adalah kumpulan penyesalan dan kesusahan di hari kiamat. Kalau engkau masih boleh mengelakkan diri daripada menjadi amir, lebih baik engkau elakkan."


Khalifah Harun Ar-Rasyid terus menangis. "Tambah lagi Fudhail..." katanya.


"Hai orang yang cantik rupa, engkaulah nanti yang akan bertanggungjawab terhadap keadaan makhluk ini. Jika engkau boleh memelihara muka yang cantik ini daripada api neraka, ikhtiarkanlah. Janganlah sesekali ada perasaan benci di hati tuan terhadap rakyatmu. Kerana Nabi bersabda: 'Barangsiapa yang ada rasa benci di hatinya, tidak akan dapat menghidu asasp syurga."


Badan Harun ar-Rasyid basah dengan air mata. Akhirnya beliau berkata, "Adakah engkau berhutang hai Fudhail, supaya kubayar?"


"Ada," jawab Fudhail. "Hutangku sangat besar kepada Tuhan. Dia sendiri yang akan menghitungnya nanti."


"Maksudku hutang kepada hamba Allah."


"Tidak, lantaran Tuhanku tidak menyuruhku berhutang kepada orang lain. Yang disuruhnya hanya mempercayai janjinya, mengikut perintahnya, sebab dia pernah berfirman: 'Tidaklah kami jadikan jin dan manusia, melainkan buat menyembahku'. Tidaklah saya mengharapkan rezeki daripada mereka. Tuhanku, dialah yang memberi rezeki. Yang mempunyai kekuatan yang teguh."


"Ini, ambillah wang 1000 dinar ini. Nafkahkanlah untuk anak isterimu, atau untuk menguatkan badanmu dalam menyembah Tuhan."


"Subhanallah.... saya tunjuki tuan jalan yang lurus, lalu tuan beli saya upah dengan harta benda sebanyak ini? Ah, moga-moga Allah memberi tuan taufik!"


Fudhail pun diam, tidak ingin berbicara lagi.



Sumber : http://ummu-najah.blogspot.com/2009/04/harun-ar-rasyid-dan-fudhail-bin-ayyadh.html

Wednesday, May 20, 2009

Kebosanan

Assalamualaikum. Hari ini saya ingin menulis tapi kekurangan idea. Oleh itu, saya terfikir untuk meletakkan trailer movie sahaja. Hope u enjoy it.

Transformers 2: Revenge of the Fallen - Official Trailer


Monday, May 18, 2009

Ketuhanan

Assalamualaikum semua. Di sini saya ambil sebuah artikel dari blog "AL-BAKISTANI KE FIKRAH HAI". Artikel ini amat menarik perhatian saya. Berilmu tanpa amal satu kerugian, Beramal tanpa ilmu satu kegilaan.

BERBAGAI-BAGAI RAGAM MANUSIA BERTUHAN??

BERBAGAI-BAGAI RAGAM MANUSIA BERTUHAN??

Ak
u sedang membaca sebuah buku yang bertajuk “bertuhan tanpa agama” karangan seorang tokoh pemikir bebas dan filosof yang kontraversi bernama Bertrand Russell.

Menerusi buku itu, aku tertarik dengan satu istilah yang dinukilkan, iaitu “agnostic”.

Beliau mengulas, bahawa orang Aties bukanlah agnostic, ini kerana, kewujudan aties dan orang yang beragama yang lain agak sama. Cumanya, orang beragama mengakui bahawa tuhan itu wujud, sedangkan aties pula menafikan kewujudan tuhan.

Beliau menyatakan, agnostic adalah orang yang “tawaqquf”, atau orang yang menundakan keputusannya dalam mengatakan kewujudan tuhan; iaitu selagi tidak ada dasar dan hujjah yang mencukupi untuk menerima atau menolak kewujudan tuhan.

Dalam pengalaman hidup ini, aku telah berjumpa dengan pelbagai manusia dalam kehidupan mereka sebagai manusia bertuhan. Mungkin, akan aku luahkan beberapa pengalaman hidupku seperti berikut;

DI PETALING JAYA

Seorang dato’ memaklumkan kepadaku, bahawa beliau mempunyai seorang adik ipar yang tidak mempercayai kewujudan Allah. Adik Iparnya itu masuk islam, bukanlah disebabkan kepercayaannya kepada Allah, tetapi sekadar untuk sah berkahwin disisi undang-undang sahaja.

Dato’ tersebut meminta agar aku dapat meluangkan masa untuk berjumpa dengan adik iparnya tersebut. tujuannya adalah, agar aku dapat memahamkan kepadanya tentang ketuhanan.

Aku bersedia menerima jemputan tersebut. Dan aku dibawa berjumpa dengan adik ipar Dato’ tersebut yang merupakan seorang doktor yang berbangsa cina.

Rumah beliau di Petaling Jaya. Bekerja sebagai seorang doktor perubatan di Hospital Universiti.

Sedang kami berbual-bual, dan aku memulakan persoalan.

“sejak bila lagi Doktor masuk islam?” tanyaku.

”sejak berkahwin dengan isteri saya” balasnya ”saya kahwin dengan isteri sejak 4 tahun yang lalu. Masa saya kahwin dengan isteri, bapa mertua saya suruh saya masuk islam. Saya masuk Islam bukan kerana saya faham Islam. Saya masuk islam, sebab mahu kahwin dengan orang islam saje”

”apa agama asal Doktor?” tanya ringkas

”bapa dan ibu saya tak percaya sama tuhan. Free thinker. Saya pun sama tak percaya tuhan. Saya sudah fikir. Saya tak leh terima tuhan itu wujud. Sebab saya tak pernah tengok tuhan” balasnya panjang lebar.

Aku berfikir untuk menjawab soalannya itu. dalam beberapa ketika, aku bersuara dengan mengemukakan persoalan.

”kenapa Doktor tak percaya kewujudan tuhan?”

Dia termenung seketika, kemudian bersuara, ”mana boleh saya percaya, saya tak pernah nampak itu tuhan”

”baik.. Doktor yang bekerja sebagai orang dalam dunia perubatan. Mungkin doktor selalu jumpa orang mati kan?” tanyaku perangkap.

”ya benar. Kenapa?” dia menjawab dengan kehairanan.

”Doktor tahu tak, kenapa orang itu boleh mati?” soalku lagi.

”dia punya nyawa sudah keluar la” jawabnya ringkas.

”Doktor pernah tengok tak itu nyawa?”

”tidak pernah”

”begitulah juga tuhan. Walaupun Doktor tak nampak, tapi tuhan itu tetap wujud seperti Doktor tak nampak nyawa, tapi nyawa itu ada.. betul tak?” jawabku ringkas.

Dia termenung seketika, kemudian tersenyum.

DENGAN SEORANG LELAKI HINDU

Seorang kawan beragama hindu bertanya kepadaku tentang Islam.

”saya mahu tanya.. apasal itu orang perempuan Islam, pakai itu tudung?” soalnya sambil tersenyum

”sebab islam suruh la” jawabku ringkas.

”apasal ada orang perempuan islam yang pakai.. ada pula yang tarak pakai” soalnya kepelikkan

”ala.. macam you punya agama la.. ada yang masuk kuil, ada yang tak masuk kuil la..” jawabku santai.

“ooo. Betul juga.. hahaha” jawabnya sambil tergelak.

“tapi haa.. saya tengok. Orang perempuan islam pakai itu tudung banyak tutup. Apasal orang lelaki tarak sama?” soalannya yang agak mencabar mindaku.

Aku bertanya kepadanya, “you tau tak itu tutup aurat”

“Tarak tau la”

“ok.. tak per.. tapi you mesti tau kan, orang lelaki punya keinginan seksnya tak sama dengan keinginan seks perempuan?” tanyaku.

“emm...” dia berfikir panjang, “apa pasal you cakap itu macam?”

“you tak rasa ke. Kalau you tengok sama perempuan, apa you punya perasaan?”

”emmm.... ada juga rasa lain. Kadang-kadang lain juga rasa.. saya punya nafsu ada pelik la...” jawabnya

”ok.. kalau you punya nafsu sudah mengamuk. Apa you mau buat?” tanyaku perangkap

”saya akan cari saya punya bini la” jawabnya ringkas sambil senyum tawar.

”kalau you tak ada bini” tanyaku lagi.

Dia berfikir panjang menjawab.. pastu dia tersenyum sambil berkata.

”mungkin juga rogol”

”apa perasaan you, kalau ada orang rogol you punya anak perempuan?”

”mestilah saya marah.. mungkin saya mahu potong itu orang punya kepala” jawabnya agrasif.

”itulah pasal, islam suruh orang perempuan pakai tudung” jawabku mengakhiri hujjah.

Dia termenung seketika.. kemudian berkata;

”baru saya faham.. hahahaha” jawabnya sambil ketawa.

ORANG ISLAM TAPI PELIK

Aku berjumpa dengan seorang lelaki yang mendakwa beragama Islam. sudah pasti dia berbangsa melayu (UMNO agaknya). dia bertanya kepadaku,

”mengapa orang perempuan wajib pakai tudung??”

”sebab itu sudah suruhan tuhan dalam Al-Quran.. kalau tak silap ana, dalam surah An-Nur dan Surah Al-Ahzab” jawabku dengan yakin.

“tapikan.. kau pernah fikir tak.. bukankah orang perempuan yang tutup aurat itu tidak melakukan keadilan pada dirinya sendiri?” tanyanya perangkap.

“em… sebab apa tidak berlaku adil pula?” tanyaku balik

“ye la.. kalau pakai tudung, nanti panas. Kalau buka tudung, tak panas la dia.. masuk angin” jawabnya sambil melihatku dengan jelingan.

Aku berfikir sejenak. Kemudian berkata, ”kalau anak anta di rogol, apa perasaan anta?” soalku lagi.

”marah la” jawabnya ringkas.

”anta sedar tak, bila perempuan buka aurat, menyebabkan kadangkala nafsu lelaki memberontak, dan tidak mustahil dia akan rogol sesiapa sahaja, termasuk anak perempuan tuan??” soalku lagi.

Dia berfikir agak lama, sambil membelek helaian kertas buku yang sedang dipegangnya.

”ala syaik.. mana ada dah zaman sekarang ini, lelaki boleh nak rogol orang sebab dia tengok rambut perempuan jer?” balasnya tidak berpuas hati.

”memang la.. tapikan, sapa tau nafsu manusia itu berbeza. Betul tak?” soalku

”Ok la.. ok la......aku nak tanya kau soalan lain pula” katanya untuk buka tajuk lain..

”apa dia?” balasku sebagai tanda pantang dicabar.

“pada aku, orang perempuan buka aurat masuk syurga” soalannya mencabar.

“kenapa pula??”

“yer la.. tuhankan pemurah dan penyayang. Takkan kerana buka aurat jer dia nak bubuh dalam neraka kot?” soalnya lagi

Aku berfikir sejenak..kemudian bertanya.

”kalau kita jadi kuli, bisakah bos memberi gaji tanpa kita bekerja?” soalku dengan lahjah indonesia.

”ada.. kalau bos tu baik sangat?” jawabnya sinis.

”tapikan, bos tu seakan-akan tidak berlaku adillah pada pekerja-pekerja lain. Sebab, dorang kerja dapat duit. Kita yang tak kerja pun dapat duit. Adil ke macam tu” soalku

Dia berfikir beberapa ketika, kemudian berkata, ”apa yang kau nak bagitau?”

”kita masuk syurga memang bukan dengan amalan kita, tapi kita masuk syurga dengan kasih sayang Allah. Pun begitu, Allah maha adil. Dia tidak akan menyalahi janji-Nya. Begitulah orang perempuan yang buka aurat, apakah dia masuk syurga atau tidak?. Tidak mustahil Allah nak bubuh perempuan buka aurat itu dalam syurga, tetapi takkan kot Allah menyalahi janji” terangku panjang lebar.

Dia senyap sambil senyum dia bersuara, ”pandai yer kau menjawab.. tapi, aku agak tak leh terima lagi orang buat maksiat masuk neraka. Sebab, dia tak bebas dalam hidupnya”

”kalau ana bawa kereta pukul 4 pagi. Jalan raya kosong. Mana relevan, ana nak langgar lampu merah ke, tak langgar?” soalku.

”teka teki apa pula ni?”

”ala.. jawab je la... kalau tak ana pun. Kalau kena pada diri anta. Pukul 4 pagi. Jalan raya kosong, anta tak nak langgar ker lampu merah tu?”

”kalau ikut selalu yang aku buat, aku langgar jer” jawabnya malas.

”ok.. tiba-tiba kat depan sikit, ada polis. Dia saman anta. Layak tak perbuatan polis itu?”

”layaklah.. nak buat macam mana, sebab dah langgar undang-undang” jawabnya seakan-akan menyampah.

”anta tak marah ke kat polis tu??.. bukannya berlaku kemalangan pun malam-malam buta” aku memprovokasi

”buat apa nak marah, sebab aku memang salah. Nak buat macam mana?” jawabnya.

“Oooo… kalau polis saman, anta tak marah.. bila Allah nak ”saman” kau, anta nak marah?” jawabku dengan nada gurauan.

Dia senyap sambil matanya melihat kebumbung. Nampak macam terkejut. Aku tersenyum melihat gelagatnya.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com

Sunday, May 17, 2009

Hari Guru

Assalamualaikum semua pada 16 haribulan 5 tahun 2009 bersamaan 21 Jumada Al-Awwal 1430 iaitu semalam merupakan Hari Guru. Oleh itu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru Kepada Semua Guru Di Dunia. Semoga kamu dikurniakan hidayah dan rahmat Allah SWT malah mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Teruskanlah usaha guru mendidik pelajar dalam ilmu yang haq (betul) bukan yang bathil (salah). Hari itu juga merupakan hari bersaranya guru saya iaitu Ustaz Puad Md Lip yang mengajar agama Islam di MRSM ALOR GAJAH. Terima kasih ustaz atas didikan ustaz dan sabar dengan karenah saya. Teruskan memberi ilmu walaupun sudah bersara menjadi guru, ustaz. Semoga ustaz dikurniakan hidayah dan rahmat Allah SWT malah mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Di sini saya ade menyediakan sebuah sajak khas untuk guru yang diambil dari blog iaitu http://blog.azhad.com/2008/05/sajak-hari-guru.html.

Guruku

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

Zam Ismail
Seremban
1985

Mother's Day

Assalamualaikum semua pada 10 haribulan 5 tahun 2009 bersamaan 15 Jumada Al-Awwal 1430 iaitu merupakan Hari Ibu. Oleh itu saya ingin mengucapkan Selamat Hari ibu Kepada Semua Ibu Di Dunia. Jasa seorang ibu tidak akan dapat dibalas selama2nya dan Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya. Saya mendoakan supaya Allah SWT memberi rahmat dan keampunan untuk semua ibu malah masukkan mereka ke dalam syurgamu dan janganlah masukkan mereka ke dalam nerakamu. Di sini saya menyediakan sedikit sajak yang diambil dari http://syafiq-awaludin.blogspot.com/2008/04/sajak.html dan sedikit lagu untuk ibu.

Ibuku

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini

~Muhammad Syafiq~

Lagu My Mother;


Tuesday, May 12, 2009

Ihsan Dalam Sebuah Kehidupan

Posted By Abu Saif On 10/05/2009 @ 3:07 pm In Mukmin Profesional, Zikir Fikir | 38 Comments

oldman.jpg

“Beribadahlah kamu seakan-akan kamu melihat Allah. Jika kamu tidak sampai kepada upaya itu, maka sekurang-kurangnya rasakanlah yang Allah itu melihat kamu”

Ungkapan tinggi seorang Nabi, pada hadith Islam, Iman dan Ihsan itu, saya baca berulang kali.

Beribadah seakan kamu melihat Allah.

Tidak sukar untuk saya fikirkan, betapa besarnya kesan beribadah di dalam solat, atau beribadah di dalam pekerjaan dan muamalat, jika diri sampai merasa melihat Allah.

Seumpama saya diberi soalan peperiksaan oleh pensyarah, dan beliau berdiri di hadapan saya memerhatikan setiap jawapan yang saya tuliskan. Pasti sahaja saya menulis dengan cermat, sentiasa rasa gelisah apakah jawapan yang dicatat itu sesuai dengan apa yang telah diajarkan oleh pensyarah saya. Tidakkah serta merta beliau kecewa dan marah, jika saya menjawab dengan apa yang menyalahi ajarannya.

Tertekan, dan tiada ruang untuk sambil lewa.

Seumpama saya di tempat kerja, majikan sentiasa berdiri di sisi, memerhatikan saya, tetapi yang lebih utama adalah saya sendiri sentiasa memerhatikan dia. Tidak mungkin kerja saya sambil lewa, kerana saya tahu dia yang menggaji dan menilai kerja saya, sedang berada jelas di sisi saya, di hadapan perhatian saya.

Ia kemuncak tumpuan dan perhatian.

Namun tidak semudah itu untuk saya merasainya. Dalam banyak keadaan, pensyarah tidak berdiri di sisi meja saya. Dalam suasana sebenar di tempat kerja, lazimnya saya bertindak dan bekerja di bawah pemantauan yang minimun. Majikan jarang ada bersama.

Tetapi kertas jawapan saya tetap akan dibaca oleh pensyarah. Saya tetap akan kembali menemuinya di hari-hari mendatang. Kemarahan dan kekecewaannya terhadap performance saya, tetap akan memberi kesan pada hubungan saya dengan pensyarah, pada satu hari dan masa di hadapan kelak.

Malah jika majikan saya tiada bersama, tempat kerja saya sentiasa ada CCTV yang memerhati. Ada pegawai yang membuat laporan kualiti kerja saya. Akhirnya, apa sahaja yang saya lakukan di belakang majikan, tetap akan sampai dan terpampang di hadapannya.

Maka jika saya tidak dapat menimbulkan rasa pensyarah dan majikan memerhati, saya sepatutnya masih mampu mengekalkan amanah terhadap pekerjaan, dengan memelihara rasa diri ini diperhati.

Itulah tingginya peranan Ihsan sebagai pencetus usaha terbaik, dalam setiap ibadah dan pekerjaan. Tidak sambil lewa, malah semuanya dilakukan dengan sepenuh upaya.

CARROT AND STICK

Dalam suasana kerja hari ini, lazimnya majikan menggunakan pendekatan carrot and stick. Jika bagus, dibalas imbuhan. Jika culas, diberi hukuman.

Namun manusia yang berniat mahu berlaku culas dan bakal, sentiasa setapak lebih maju dari sistem yang mengawalnya. Sebagaimana pencuri setapak lebih maju dari teknologi kunci dan alarm, begitulah juga pekerja di dalam sebuah syarikat. Namakan sahaja apa jua sistem untuk memantau dan mengawal, sentiasa ada jalan untuk penyelewengan dan tidak amanah boleh berlaku.

Sistem punch card sendiri hanya mampu memantau waktu pekerja tiba di tempat kerja, dan mustahil dapat memberitahu bila sebenarnya pekerja mula bekerja. Apatah lagi kaedah lain yang diserahkan kepada manusia (yang bernafsu dan keinginan) untuk melaksanakannya. Lubang tiris dan bocor sentiasa ada.

Banyak sekali contoh yang saya jumpa melalui pekerja syarikat ketika mengendalikan kursus bersama mereka. Menipu duit tol, menyelinap keluar barang pejabat, OT claim, namakan sahaja, semuanya ada cara dan jalan, dan ceramah saya bersama mereka mengundang kepada perkongsian pengalaman dan “pengetahuan”.

Mahu tidak mahu, manusia perlu kembali kepada taqwa dan kesedarannya terhadap hidup berTuhan. Kita adalah makhluk yang diciptakan bersistemkan luar ke dalam. Kita adalah manusia, yang dikawal tindak tanduknya oleh apa yang berlaku di dalam diri. Suasana, undang-undang, ganjaran dan hukuman, semua itu adalah faktor luaran. Manusia bertindak, tetap oleh gerakan hati, jiwa dan kemahuan, soal dalaman.

Soal dalaman adalah soal iman. Soal hubungan manusia dengan Tuhannya. Maka usaha memperkukuhkan aqidah dan kesedaran hidup berTuhan bukan lagi soal peribadi. Ia adalah juga sebahagian daripada keperluan organisasi. Generasi yang tinggi sains dan teknologi, hanya boleh dikawal oleh perkara asas membabitkan iman dan hubungannya dengan Allah. Soal Ihsan.

Jika hati tiada kesedaran bahawa setiap gerak gerinya dalam perhatian, jika manusia ghairah memaksa penilaiannya terhadap sesama manusia tanpa sedar bahawa penilaiannya juga akan dinilai oleh Allah, maka manusia sukar dikawal. Manusia akan bercakap sepuas hati, semahu-mahunya. Hanya dengan mengingati Allah, manusia akur untuk berusaha mengawal dan membetulkan diri, walaupun jauh dari pengetahuan dan perhatian manusia.

Dia boleh mengelabui dan menipu mata manusia, tetapi mustahil dapat menipu Allah, dan dirinya sendiri.

PERSEMBUNYIAN DI ALAM SIBER

Alam siber di internet ini telah mendedahkan manusia kepada suatu cabaran baru terhadap Ihsan manusia kepada Tuhan. Internet adalah alam yang manusia bebas melakukan apa sahaja, dan ia diburukkan lagi oleh keupayaan manusia menyembunyikan identiti.

chicken.JPG

Manusia akan mampu menjadi seangkuh-angkuh peribadi, hanya kerana kejahatan lisan dan tangannya, dapat disembunyikan di sebalik nickname dan ID ciptaannya sendiri. Cakaplah apa sahaja, celalah siapa sahaja, kita tetap selamat kerana yang kelihatan hanyalah ID yang tidak beridentiti.

Sebelum zaman ICT menguasai kehidupan, tidak semua manusia berupaya ‘memasarkan’ apa sahaja yang difikirkan. Hanya idea yang berharga sahaja diberi ruang diterbitkan melalui medium-medium yang terhad di zaman itu. Maka manusia tidak sebebas hari ini untuk menconteng pemikirannya dengan sesuka hati, melainkan kualiti isi dan etika bahasa, akan dikawal oleh pihak editor yang mengambil tanggungjawab ini. Maka pemikiran sampah dan akhlak yang cemar, sedikit sebanyak masih terkawal.

Namun, bilamana era penerbitan bahan di internet menjadi percuma, manusia mula meninggalkan pelajaran “mengenal sempadan”. Apa sahaja yang mahu diluahkan, diluahkan dengan penuh kebebasan. Sama ada idea itu muncul dari akal, atau terbit dari hawa nafsu yang mazmumah, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Segalanya percuma dan dengan kemudahan ini, manusia semakin lupa pada nilai akhlak dalam ungkapan idea dan pemikiran. Segala-galanya menjadi lebih buruk dan cemar, apabila sebesar-besar kemungkaran penulisan, terselindung di sebalik identiti dan pengenalan diri yang boleh ditopengkan oleh nickname. Suatu kemudahan yang mudah menjadi pisau yang melukakan.

Tanpa Ihsan yang menyedarkan insan betapa hidupnya di dalam perhatian dan penilaian Tuhan, sikap seperti ini mustahil dapat diubati.

Hanya dengan kesedaran bahawa setiap yang ditulis dan diungkap, bakal menjadi pahala juga dosa, maka manusia akan berundur sendiri dari kejahatan tangan dan lisan, kembali sedar bahawa dirinya diperhatikan Tuhan, selepas terlalu jauh pergi meninggalkan rasa bahawa dia sedang berkelakuan buruk dan baik di hadapan Tuhan.

Sama ada kita bersolat di atas sejadah, atau bekerja di bilik nafkah, atau berceloteh di alam siber, ingatan diri kepada Allah jualah pengawal hakiki terhadap akhlak dan etika diri… seorang hamba yang hidup matinya diuji. Bertaqwalah wahai yang empunya diri, bahawa dirimu dan IDmu tetap diPerhati…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Saifulislam.Com mengalu-alukan sumbangan anda untuk menampung perjalanan server. Klik di sini untuk menyumbang. Terima kasih... [Abu Saif]



© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor


Artikel ini diambil dari http://saifulislam.com/?p=168

Wednesday, May 6, 2009

Kuman & Virus = Jin?

Dua artikel yang perlu disemak dan direnungkan;

Artikel Pertama;

Kuman Dan Virus Adalah Jin?

Dalam tulisan seorang pensyarah USM baru-baru ini saya tukar tajuknya kepada "Jin bukan alam ghaib" mengambil kira bahawa ciptaan jin adalah dari unsur api yang terkandung padanya gas.

Gas adalah bahan atau jirim atau matter yang mempunyai berat dan jisim. Gas ada mass dan size kerana dia adalah komposisi udara. Saya tak tahulah kalau ada orang yang mengatakan bahawa oksigen, hidrogen, carbon dioxide itu sebagai perkara ghaib. Dua molekul Hidrogen jika digabungkan dengan satu molekul Oksigen akan membentuk air. Air pada suhu tinggi akan berpecah kepada molekul2 asalnya, pada suhu biasa menjadi cecair dan pada suhu beku menjadi ais. Faktur suhu merubah bentuk air.

Teori ini juga mungkin benar bagi jin, jin boleh merubah bentuknya mengikut "faktur tertentu" dan akan kekal dalam bentuk demikian sehinggalah "faktur" itu diubah.

Dua orang ulamak Islam pula mengatakan bahawa kuman dan virus adalah juga jin.

Syeikh Mohd Abduh dan muridnya Syeikh Saiyid al-Reda mengatakan bahawa jin yang begitu dikenal dalam Islam yang hidup dan bertubuh halus itu adalah kuman dan virus seperti yang dikenali dalam perubatan barat. Syeikh Saiyid al-Reda menyebutkan pandangnnya mengenai jin dalam kitab tafsirnya, al-Manar dengan katanya:

والمتكلمون يقولون: ان الجن أجسام حية خفية لا ترى, وقد قلنا في المنار غير مرة: انه يصح أن يقال: ان الاجسام الحية الخفية التى عرفت في هذا العصر بواسطة النظرات المكبرة وتسمى بالمكروبات, يصح أن يكون نوعا من الجن, وقد ثبت أنها علل لاكثر الأمراض:

Maksudnya:

“Dan ahli ilmu kalam (Tauhid) berkata, sesungguhnya jin itu adalah (kejadian Allah) yang bertubuh halus dan hidup yang tidak boleh dilihat. Sesungguhnya telah pun kita katakan berkali-kali dalam kitab Tafsir al-Manar bahawa boleh disebutkan (kejadian Allah) yang hidup, bertubuh halus yang dapat dipastikan dan dikenal di zaman ini menerusi mikroskop sebagai virus itu adalah sebenarnya sejenis jin. Dan telah diketahui secara pasti ianya adalah merupakan punca bagi kebanyakan penyakit”.

Ini meyakikann saya kenapa kedapatan ulamak yang menghalusi masalah kesihatan dan rawatan meletakan bahawa rawatan secara ruqyah adalah lebih aula berbanding rawatan allopathy, homeopathy dan lain-lain rawatan yang berasaskan kepada naqli tanpa sandaran aqli.

Ada setengah virus yang tidak boleh dibunuh walaupun suhu mencapai 10,000 darjah celcius dan hanya boleh dimatikan secara pancaran (unsur malaikat) seperti sinar gamma dalam teknik penyahkuman. Saya diberitahu adanya virus chikukungya yang menyerang-balas bagi sesiapa yang cuba membantu pesakit berkenaan.

Doa saya semuga semua guru2 dan pengamal rawatan Islam agar istiqamah dalam mendaulatkan rawatan sebegini. Begitu juga masyarakat tidak memandang serong dan remeh terhadap kaedah rawatan ini.

Sumber: http://akrine.blogspot.com/2009/04/kuman-dan-virus-adalah-jin.html

Artikel Kedua;

Jin Bukan Perkara Ghaib

Oleh Dr Muhammad Azizan Sabjan

JIN makhluk ciptaan Allah yang ditaklifkan untuk menyembah Allah dan melakukan ibadat kepada-Nya. Seperti manusia, mereka juga dikehendaki beriman dengan Nabi Muhammad SAW dan melaksanakan segala ajaran Islam.

Tegasnya, mereka hanyalah makhluk ciptaan Allah yang mempunyai kelemahan seperti manusia. Sememangnya jin wujud dan mempercayai kewujudannya bukanlah suatu kepercayaan tahyul atau momokan masyarakat.

Tegasnya, kewujudan ciptaan Allah bernama jin sudah termaktub dalam al-Quran dan hadis. Menafikan kewujudannya boleh membawa erti seolah-olah kita menafikan kehebatan Allah mencipta hamba-Nya.

Mempercayai kewujudan jin bukanlah suatu kepercayaan tahyul. Bahkan, tidak keterlaluan jika dikatakan cubaan menolak atau menafikan kewujudan jin boleh dikira menafikan kekuasaan dan kehebatan Allah kerana kewujudan mereka disahkan dalil al-Quran dan hadis.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” (Surah al-Dzariyaat, ayat 56)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Maka janganlah kamu beristinjak dengan tulang dan tahi binatang. Sebab hal itu adalah bekal (makanan) saudaramu daripada kalangan jin.” (Hadis riwayat Tarmizi)

Allah mencipta Adam dan keturunannya iaitu manusia daripada tanah. Malaikat pula diciptakan Allah daripada nur (cahaya). Berlainan pula keadaan penciptaan jin, ia tidak dicipta daripada tanah mahupun nur. Ia juga bukan berasal daripada Adam dan Hawa.

Asal usul jin daripada jin bernama Jaan. Jaan beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan beriman. Ada pula daripada keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan kufur.

Anak cucu Jaan yang beriman itu ada yang kekal dalam iman, ada pula kufur dan ada yang kembali beriman kepada Allah. Dalam erti kata lain, Jaan ialah bapa segala jin seperti Adam ialah bapa segala manusia.

Jaan ialah jin yang pertama, dicipta dan dijadikan daripada lidah api. Keturunan jin yang seterusnya pula dijadikan dan berkembang-biak daripadanya sama seperti halnya Adam dan keturunannya iaitu manusia. Seperti manusia, jin juga daripada pelbagai bangsa dan jenis.

Mereka juga mempunyai jajahan pemerintahan dan kerajaannya tersendiri. Jin juga seperti manusia inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap pelbagai loghat serta bahasa. Jin juga diperintahkan Allah untuk menerima syariat Islam seperti diperintahkan kepada manusia.

Majoriti bangsa jin daripada golongan jin kafir. Jin kafir ini kebanyakannya beragama Yahudi, Kristian, komunis dan sangat sedikit beragama Buddha dan Majusi. Ada juga jin tidak beragama. Golongan jin yang memeluk Islam sedikit bilangannya dan daripada golongan minoriti jika dibandingkan dengan keseluruhan bilangan jin.

Hanya Allah dan Rasul-Nya mengetahui rupa bentuk asal jin selepas dicipta dan ditiupkan roh. Menurut sesetengah ulama, rupa, tabiat, kelakuan dan perangai jin 90 peratus mirip kepada manusia.

Jin juga diberi keizinan oleh Allah untuk menzahirkan diri dalam pelbagai bentuk dan rupa disukai serta dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah SAW. Rupa dizahirkan pula mengikut tahap dan kemampuan masing-masing. Pada asasnya rupa bentuk jin tidak banyak berbeza daripada manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya.

Pada dasarnya 80 hingga 90 peratus jin menyerupai manusia. Perbezaan ketara adalah sudut fizikal. Jin lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, terlalu tinggi dan mempunyai pelbagai warna seperti putih, merah biru dan hitam.

Menurut sesetengah pendapat, ketinggian jin kira-kira tiga hasta saja. Dalam al-Quran, Allah berfirman setiap yang berjiwa pasti akan merasai mati. Dalam konteks ini, jin juga merasai kematian.

Usia jin mencecah ribuan tahun. Ini kerana mereka bertubuh halus dan tidak terdedah kepada penyakit sakit jantung, kencing manis dan sebagainya seperti manusia.

Biarpun usia jin menjangkau ribuan tahun, mereka tetap merasai kematian. Satu-satunya jin yang tidak akan merasai kematian melainkan apabila datangnya kiamat ialah Iblis laknatullah. Ia berdasarkan permintaannya kepada Allah supaya dipanjangkan umur sampai kiamat untuk menyesatkan anak Adam.

Kecepatan jin bergerak melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Disebabkan jin adalah daripada makhluk seni dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti malaikat, maka ruang kecil pun boleh di duduki berjuta-juta jin dan ia juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Alam kediaman jin di lautan, daratan, udara dan alam Mithal iaitu suatu alam antara alam manusia dan alam malaikat. Makanannya pula berasaskan asap, gas, haruman dan ada juga buah-buahan bersesuaian dengan penciptaan mereka. Makanan jin juga daripada tulang, manakala makanan haiwan ternakan mereka ialah bongkah najis binatang ternakan manusia.

Manusia mengandung sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga perlu masa lama untuk matang serta menjadi baligh. Berbeza dengan jin, apabila disentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, jin perempuan terus mengandung, beranak dan anak baru lahir itu terus mukallaf.

Alam jin itu satu daripada kebesaran dan keagungan Allah. Cubaan menafikan kewujudan jin dan alamnya boleh membawa kepada menafikan kekuasaan Allah.

Banyak lagi pendedahan alam jin perlu diketengahkan untuk dijadikan garis panduan kasar mengenai jin serta memberi kesedaran pentingnya Muslim menjaga akidah, menjauhi syirik dan mengelakkan diri terjerumus dengan tipu daya jin yang ingkar terhadap Allah.

Penulis ialah pensyarah Bahagian Falsafah dan Tamadun Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia

Sumber Asal: www.bharian.com.my

Sumber Kedua: http://akrine.blogspot.com/2009/04/jin-bukan-perkara-ghaib.html

Guided Ways

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Looking for Ways of Life

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com