Tuesday, January 13, 2009

Konsep Ketuhanan

Assalamualaikum hari ini saya terasa nak menulis ttg tajuk pertama dalam Tasawwur Islam Form 4 SPM. Tajuk pertama Tasawwur Islam ialah Konsep Ketuhanan. Konsep ini terbahagi kepada tiga tauhid iaitu Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Asma' Wa Sifat.

Firstly, perkara pertama yang perlu dibincangkan ialah Tauhid Rububiyyah. Tauhid Rububiyyah bermaksud keyakinan (iktikad) dalam hati secara mutlak bahawa Allah SWT adalah "Rab" yang mentadbirkan semua benda dan perkara di dunia ini dan tiada pentadbir yang lain melainkan Allah SWT yang Maha Esa dan Kuasa.

Firman Allah SWT yang bermaksud;
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah SWT yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang masing2 tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memrintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semester alam.
(Surah al-A'raf, 7: ayat 54)


Firman Allah SWT yang bermaksud;
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
(Surah al-Baqarah, 2: ayat 164)

Konsep tauhid ini menekan bahawa kita hendaklah mengakui dengan sepenuh hati, kelakuan dan petuturan kita bahawa Allah SWT ialah Pemilik, Pencipta dan Pentadbir seluruh alam termasuk makhluk yg ada dalam alam ini yg Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana tanpa ada satupun kuasa yg dapat menandingi-Nya.

Oleh itu, tauhid ini terbahagi kepada 3 konsep iaitu;
1) 3P iaitu Allah SWT ialah Pencipta, Pemilik dan Pentadbir Alam.
2) Allah SWT berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendakNya.
3) Kekuasaan Allah SWT meliputi langit dan bumi.

Selepas ini, kita akan membincangkan Tauhid Uluhiyyah. Pengertian tauhid ini ialah mengakui dan beriktikad dengan sepenuh hati bahawa hanya Allah SWT yang Maha Esa yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak. Paksi kepada tauhid ini ialah dua kalimah syahadah iaitu;


Kalimah ini telah membatalkan dan menafikan secara mutlak ketuhanan yang lain selain Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud;
Dan Kami tidak mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kepada Aku".
(Surah al-Anbiya', 21: ayat 25)

Konsep ketuhanan ini iaitu Uluhiyyah terbahagi kepada tiga konsep yang penting iaitu:
1)Mengakui hanya Allah SWT yang layak disembah dan ditaati.
2)Paksi utama keimanan kepada tauhid Uluhiyyah ialah kalimah syahadah.
3)Orang yang tidak beriman dengan tauhid Uluhiyyah menjadi sesat.

Ok, sekarang ini kita melihat kepada tauhid iaitu Asma' Wa Sifat. Tauhid membincangkan bahawa Allah SWT memiliki nama-nama yang indah dan mulia serta memiliki sifat-sifat yang sempurna sebagaimana firman Allah SWT;

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
(Surah al-Hasyr, 59: Ayat 22-24)

Secara kesimpulannya, definasi tauhid ini ialah beriktikad bahawa Allah SWT bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan, iaitu suci bersih dari segala sifat-sifat kekurangan dan sifat-sifat Allah SWT tidak menyerupai sifat-sifat makhluk. Firman Allah SWT;

Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Surah al-Nahl, 16: ayat 74)

Nama-nama Allah SWT atau diistilahkan sebagai Asma' Ul Husna ialah nama-nama khas bagiNya yang telah dikhabarkan oleh Allah SWT sendiri di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah SAW dalam sunnahnya. Al-Iman Al-Bukhari, Imam Muslim dan Tirmidzi telah meriwayatkan sabda Rasulullah SAW iaitu;

Daripada Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang menghitungnya akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah SWT itu satu dan Dia suka kepada bilangan yang ganjil.

Maksud menghitung nama-nama Allah dalam hadis tersebut ialah mengetahui nama itu, menghafaznya, memahaminya, beriman denganya, menjaga hubungan dengan Allah SWT dan menyeruNya dengan nama-nama itu.

Hikmah di sebalik 99 nama Allah SWT tersebut antaranya ialah untuk mengukuhkan lagi tahap keimanan kita terhadap Allah SWT dan mendekatkan diri kepada kefahaman akidah Islam yang sebenar-sebenarnya.

Asma Ul Husna;



No comments:

Guided Ways

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Looking for Ways of Life

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com