Tuesday, January 20, 2009

Kepincangan Media Massa Malaysia dlm menegakkan Islam?

Assalamualaikum saya amat sedih dan terperanjat apabila membaca artikel yang telah saya temuidi laman web Harakah. Hal ini tidak sepatutnye terjadi kerana Malaysia merupakan sebuah negara Islam. Hal ini menunjukkan bahawa media massa tidak mempunyai kebebasan dlm menyiarkan artikel2. Selain itu hal ini telah mencabul sistem demokrasi negara Malaysia. Artikel yang telah saya baca adalah dari HarakahDaily. Artikelnya adalah begini;

Gempar! Kepala babi dijumpai dalam Masjid API
Ali Bukhari Amir
Sat | Jan 17, 09 | 12:26:22 pm MYT

11:38 a.m, 17 Januari

"Alamak abang Ali, macam mana ni? News tak keluar.." Puan Sally (samaran), seorang wartawan akhbar aliran perdana menelefon saya pagi tadi. "Nanti saya bagi gambar dan berita saya yang tak tersiar tu. Abang tengoklah.."


Sally adalah rakan lama saya di USM dulu. Selesai berijazah, kami semua telah membawa haluan masing-masing. Saya seorang sahaja di media pembangkang. Yang lainnya bertebaran di RTM, TV9, TV3, Sinar Harian dan lain-lain.

Sebehagian besarnya tidak melanjutkan pekerjaan dalam bidang penyiaran sebagai pemberita. Ada yang melanjutkan pelajaran ke tahap Sarjana (Master). Tapi dia Sally yang dulunya 'huha-huha', mula menemui jalan pencerahan setelah beliau menulis cerita-cerita politik di RTM.

"Tak best..asyik kena potong je story. Tak 'best' la Zainudin Maidin," kata Sally kepada saya, merungut-rungut darihal laporannya yang bertimba-timba yang tidak tersiar atas alasan politik.

Kelmarin, hati Sally rentung, hangus terbakar. Dia sudah hantar 'story' kepada editor dan dalam fikirannya dapatlah dia berehat bersama keluarganya, tiba-tiba panggilan daripada pejabatnya menerjah ke telefon bimbitnya.

Kepala babi diletakkan di dalam Masjid Akademi Pengajian Islam (Api)
"Ada kepala babi di Masjid Api," kata sang editor. "Saya nak awak siapkan cepat story tu." Api adalah singkatan daripada Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya.

Ada desas-desus khabar angin yang bertiup kencang menyatakan bahawa perbuatan itu terjadi, ekoran laporan polis yang dibuat oleh kumpulan Pro Mahasiswa baru-baru ini berhubung isu rasuah membabitkan pegawai HEP dengan Aspirasi.

Sejauhmana kebenarannya dan kesahihannya, wallahu ta'ala 'ala..

Sally tidak boleh menyatakan tidak walaupun hatinya patah dan berat menerima tugasan baru itu. Namun, digagahi juga. Seperti yang saya tulis baru-baru ini, apabila bernama wartawan, HARAM menyatakan tidak kepada setiap tugasan.

Kalau wartawan tidak berjaya menyiapkan tugasan, mestilah alasannya adalah dia tidak sempat. Bukannya dia TIDAK MAHU siapkan, tetapi dia TIDAK MAMPU siapkan kerana kesuntukan masa dan kekeringan waktu. Waktu mengalir cepat bagaikan air yang deras, terjun dari puncak gunung. Cuma alasan itu saja diterima.

Maka, Sally pun bergegas ke Universiti Malaya. Dia mengawal segala pemberitaan sekitar Pantai Dalam. Semua wakil media, wakil pelajar Akademi Pengajian Islam pun turut hadir kelmarin, demikian kata Sally.

"Tapi, akhirnya polis minta jangan diperbesar-besarkan, pihak universiti juga kata begitu," tambah Sally lagi. "Kecewa sangat bila story tak keluar."

Dia keluar daripada RTM pun atas alasan beritanya tak tersiar, apatah lagi hal itu menyangkut persoalan rakyat tertindas di mana rumah mereka dirobohkan dan lain-lain isu yang berbangkit.

"Akhirnya hari ini saya tengok semua paper, tv tak siarkan laporan kepala babi dalam Masjid Api tu," kata beliau lagi. "Mana boleh! Ini dah masuk bab agama kita. Tak sangka paper tempat saya bekerja ni ambil sikap yang sama."

"Ingatkan paper baru ni bebas," tambah beliau lagi. Jadi, ada dua isu nampaknya di sini. Pertama, kebebasan media dan keduanya, isu kepala babi yang dijumpai dalam Masjid Api.

Akhir-akhir ini, saya memang berhati-hati nak menulis isu kampus. Kes pelajar Pro Aspirasi UKM bertamrin di A Famosa Resort pun saya tulis dengan hati-hati dan bertanya dahulu secara terbuka, sama ada kejadian itu betul atau tidak.

Apabila membuka Yahoo Messenger semalam, tersiar satu URL Mahasiswakini. Apabila saya menekan pautan yang diberikan kepada saya lewat YM tersebut, pautan itu terus membawa saya kepada gambar babi yang dijumpai dalam masjid Api bersama bendera tersebut. Ada tulisan, "Pro M, PMI PAS" di atas bendera Pas tersebut.

Saya tetap berhati-hati. Saya mahu membuat panggilan kepada seorang wakil Pro Mahasiswa di UM semalam. Tapi saya tidak mahu mengganggu mereka sekarang. Mungkin mereka sibuk dengan persiapan menjelang pilihan raya. Cuma, mahu mendapatkan pengesahan sama ada hal itu benar-benar berlaku atau sekadar mainan gimik politik menjelang PRK di UM.

Ternyata apabila saya menerima panggilan telefon daripada Sally pagi tadi, saya terus yakin kerana hal itu disampaikan oleh rakan wartawan di kampus saya sendiri yang patah hatinya, kecewa kerana laporannya tidak tersiar baru-baru ini.

Kepada saya rakan-rakan seperjuangan ini menyandarkan harapan agar kisah-kisah menghina Islam ini dipaparkan. Saya pun menarik balik kembali 'sumpah' yang terlafaz dalam coretan terdahulu, bahawa saya nak kurangkan menulis isu-isu kampus lalu menumpukan kajian-kajian akademik.

Dalam perjuangan kampus ini, bak kata mentor saya, Tun Dr Mahathir Mohamad, "Perjuangan masih belum selesai!"

Tak apa.. saya sebenarnya perlu menghadiri acara di Galeri Perfileman Finas pagi ini. Tapi, oleh kerana rakan wartawan itu sudah melaporkan berita kepala babi yang dijumpai dalam Masjid Akademi Pengajian Islam itu, saya korbankan sedikit masa untuk menulis sedikit coretan di sini.

Insya Allah..nanti, apabila saya mendapat semula laporan rakan saya itu yang tidak tersiar (dan khabarnya, semua media diarahkan untuk tutup semua laporan ini), saya akan meriwayatkan semula paparan kisah ini, buat tatapan anda yang kami hormati.

Selamat berjuang kepada para pencinta kebenaran di kampus semuanya!

12:19 p.m, 17 Januari
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Maklumbalas boleh dialamatkan kepada ibnuamir@yahoo.com. _ Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

No comments:

Guided Ways

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Looking for Ways of Life

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com