Friday, July 24, 2009

Diari GAPP 00

Salam semua minggu ini ialah minggu kedua kelas bermula untuk budak GAPP. Minggu pertama kelas saya tidak hadir kerana saya sakit. Oleh itu banyak kerja yang saya kena kerja terutama German language. Dalam kelas german saya sungguh blur haha. Saya terfikir untuk membeli buku german in 30 days. Saya bertanya dengan Frau Hassan(Mungkin de tersalah ingat Frau Hassan itu nama ckg german sbnrnya bukan. Dalam german language Frau itu maksudnye Miss dan selepas Frau itu kena letak nama keluarga ok) tentang niat saya itu dia kata kalu x beli pown xpe kalu nak beli ikut awak la. Kelas budak GAPP dibahagi kepada 3 kelas iaitu Group Eins(1), Group Zwei(2) dan Group Drei(3). Saya dimasukkan kedalam group 2 hehe. Ahli2 kelas ini sebanyak 19 orang (x payah citer nama semua ramai sgt kuku). Jadual kelas sungguh penuh sekali bermula pada pukul 8 pg dan berakhir pada pukul 4 ptg. Namun begitu, pada hari Mittwoch(Rabu) kelas berakhir pada pukul 7 mlm kerana terdapat kelas Electrical Fundamental utk program Vopraktikum. Kelas ini memberi kita peluang pengalaman engineer. TTO yang mengajar group dua iaitu Frau Hassan(Ms Hasnoor Shima), Ms Selvi, Ms Lekshmi, Sir Borhan, Sir Sashi dan Ms Noryana. Ok la ini sahaja citer saya utk setakat ini. Saya menulis artikel ini di cyber cafe di GMI iaitu ACHIK One Stop Printing Centre.

Friday, July 17, 2009

Dalam Kebosanan

Salam semua alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk menulis lagi. Pada hari ini saya ingin menulis sebuah sajak hehe. Harap sajak ini menjadi pengajaran bagi kita yang masih hidup di alam fana ini.

Dalam sepi ku melihat langit
Langit malam yang gelap
Hanya diterangi dengan bulan dan bintang
Namun hati ni ibarat langit
langit malam tanpa serinya
Serinya iaitu bulan dan bintang

Mungkin selama ni
Ku hanya mengharapkan
Mengharapkan menggapai bulan
Sekadar menghulur tangan
Tanpa menaiki pesawat usaha,

Begitulah hidup ni
Dalam menggapai Cinta Hakiki
Cinta yang tak bisa berubah
Cinta yang melebihi segala-segalanya
Cinta yang tak akan berubah selama-lamanya

Bila digapai Cinta Hakiki
Bertapa indahnya hidup
Segala musibah menjadi indah
Segala dosa menjadi takut
Segala harta menjadi zuhud
Segala hidup menjadi tawaduk

Begitulah indah Cinta Hakiki
Usaha, Tawakkal dan Doa
Itulah kunci sebenarnya
Memperolehi Cinta Hakiki.

-amirul asraf-

Sunday, July 12, 2009

Diari GMI (Minggu Orientasi Part 1/2)

Salam semua alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi kerana diizinkan saya untuk menulis lagi. Sudah seminggu saya berada di GMI (German-Malaysian Institute). Selama seminggu ini merupakan minggu orientasi GMI. Saya sungguh seronok dengan minggu orientasi. Fasilitator minggu orientasi semuanya bagus, berkaliber dan mantap. Fasilitatornye terdiri dari senior-senior dari GAPP dan FTD. Saya sungguh bersyukur memperoleh senior2 begitu. Saya sudah menjumpai pelbagai kawan di sana terdiri daripada budak GAPP (German A-Level Preparatory Program) dan FTD (Full Time Diploma) yang terdiri dari PT (Production Technology) dan IE (Industrial Electronics). Aktiviti-aktiviti sewaktu minggu orientasi ini berbeza bagi GAPP dengan FTD dan ade yang akan dilakukan bersama-sama. Saya akan menceritakan pengalaman saya secara ringkas dalam minggu orientasi ini. Minggu orientasi GAPP terbahagi kepada dua iaitu "in-campus" dan "out-campus". Bahagian pertama ini saya akan menceritakan tentang "in-campus".

Pada hari pertama iaitu 6/7/09 merupakan hari pendaftaran semua pelajar2 baru GMI. Waktu pendaftaran bermula dari pukul 9 hingga pukul 12. Pada pukul 2.30 bermulanya acara "Welcoming & Oath Taking Ceremony" dan "Introduction to GMI & Management Team". Selepas itu, saya dan rakan-rakan mengikuti "briefing on GAPP Program" oleh Herr Ngan and Frau Mazlina. Pada malamnya pula, diadakan penerangan tentang peraturan hostel.

Pada hari kedua pula diadakan pelbagai aktiviti2 iaitu "Introduction to GAPP & GMI", "Einfuhrung to Deutschland", "Ice Breaking, The GAPP Contract & The Ultimate Gift", "Guided Tour to IE/PT" dan penerangan tentang peraturan GMI. Dalam aktiviti "The Ultimate Gift", kumpulan saya bernama Team 4 yang terdiri dari Yob, Hazo, Srul, Saya, Adib, Meon, Shift, Fuu, Farah dan Dania.

Kami telah diberi satu "task" bernama "My Team". Dalam task ini kami disuruh utk membincangkan tentang teamworks, perlu memilih seorang ketua yang berkaliber dan sopan, kami perlu membuang dua orang ahli kumpulan kami dan beri sebab kami buang mereka dan akhirnya kami perlu menggantikan dua orang dari kumpulan kami. Kami telah memilih dua org iaitu Shift dan Adib kerana mereka aggresif dalam melakukan aktiviti2 ini. Dua pengganti mereka ialah Jera dan Amalina. Kumpalan saya punya kata2 peransang ialah "We mix, We strong". Kami semua juga diberikan satu kontrak dimana kami tulis semua goal kami, cara mencapai goal kami, kata2 peransang, orang yang kami dijadikan contoh, 5 sebab kami in capai goal kami dan perasaan kami bila mencapai kejayaan.

Pada hari ketiga pula, aktiviti2 yang kami lakukan ialah "The Gift of Learning", "The Gift of Gratitude & Giving", "The Gift of Work", "Briefing on GMI Rules & Regulation" dan "Success Story of GMI".

Aktiviti kali ini pula kami diarahkan utk bercucuk tanam, melakarkan perhiasan untuk mencantikkan ruang sblm masuk ke bilik RCD dan kami juga perlu membincangkan tentang "The Golden List" dan "The Ultimate Gift of Gratitude". "The Golden List" ini merupakan senarai semua barang yang amat dihargai oleh kumpulan kami. "The Ultimate Gift of Gratitude" ini merupakan barang yang kami ingin hadiahkan kepada sesiapa yang kami inginkan. Kami hanya perlu membincangkan "task" ini sahaja.

Pada hari keempat pula, aktiviti hari ini dibahagikan kepada in-campus dan out-campus program. Aktiviti in-campus ialah "presentation on Ultimate Gift Activities & Refection Closure. Sewaktu aktiviti ini kami perlu menyerahkan kontrak yang kami telah tulis dan kami akan melakukan pembentangan task yang kami telah lakukan. Aktiviti out-campus akan saya ceritakan di bahagian kedua

Monday, July 6, 2009

Akhirnya!?

Salam semua akhirnya cuti sekolah atau rehat sekolah selama 8 bulan akan berakhir pada 06-07-09. Masa kolej sudah pown menjelang akhirnya. Selepas ini saya akan kena lebih rajin dan banyak beri penumpuan terhadap pelajaran saya. Masa itu sungguh berharga sehingga saya tidak sedar masa itu berlalu. 8 bulan ibarat satu tempoh yang sekejap saja berlalu. Banyak benda yang ingin dilakukan tapi banyak benda juga yang x dpt dilakukan. Hahaha! Saya sungguh bersyukur atas segala nikmat yang saya peroleh sehingga hari ini. Saya akan cuba mengisi blog saya ini dengan diari pelajaran saya nnt di kolej yang saya akan masuk nnt. Saya perdendangkan sebuah lagu utk semua. Saya harap semua dapat berhibur.

Michael Jackson Beat It

Saturday, July 4, 2009

Pukul 2 pagi

Salam semua. Saya rasa agak lama saya tidak 'update' blog saya ini. Kebelakangan ini saya agak sibuk dengan urusan peribadi saya haha. Sebagai 'appertize' bagi semua, saya akan menghadiahkan sebuah lagu bertajuk Kimi Dake dinyanyikan oleh Koike Teppei. Saya semua akan terhibur dengan lagu ini.

Koike Teppei - Kimi Dake

Guided Ways

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Looking for Ways of Life

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com