Sunday, July 12, 2009

Diari GMI (Minggu Orientasi Part 1/2)

Salam semua alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi kerana diizinkan saya untuk menulis lagi. Sudah seminggu saya berada di GMI (German-Malaysian Institute). Selama seminggu ini merupakan minggu orientasi GMI. Saya sungguh seronok dengan minggu orientasi. Fasilitator minggu orientasi semuanya bagus, berkaliber dan mantap. Fasilitatornye terdiri dari senior-senior dari GAPP dan FTD. Saya sungguh bersyukur memperoleh senior2 begitu. Saya sudah menjumpai pelbagai kawan di sana terdiri daripada budak GAPP (German A-Level Preparatory Program) dan FTD (Full Time Diploma) yang terdiri dari PT (Production Technology) dan IE (Industrial Electronics). Aktiviti-aktiviti sewaktu minggu orientasi ini berbeza bagi GAPP dengan FTD dan ade yang akan dilakukan bersama-sama. Saya akan menceritakan pengalaman saya secara ringkas dalam minggu orientasi ini. Minggu orientasi GAPP terbahagi kepada dua iaitu "in-campus" dan "out-campus". Bahagian pertama ini saya akan menceritakan tentang "in-campus".

Pada hari pertama iaitu 6/7/09 merupakan hari pendaftaran semua pelajar2 baru GMI. Waktu pendaftaran bermula dari pukul 9 hingga pukul 12. Pada pukul 2.30 bermulanya acara "Welcoming & Oath Taking Ceremony" dan "Introduction to GMI & Management Team". Selepas itu, saya dan rakan-rakan mengikuti "briefing on GAPP Program" oleh Herr Ngan and Frau Mazlina. Pada malamnya pula, diadakan penerangan tentang peraturan hostel.

Pada hari kedua pula diadakan pelbagai aktiviti2 iaitu "Introduction to GAPP & GMI", "Einfuhrung to Deutschland", "Ice Breaking, The GAPP Contract & The Ultimate Gift", "Guided Tour to IE/PT" dan penerangan tentang peraturan GMI. Dalam aktiviti "The Ultimate Gift", kumpulan saya bernama Team 4 yang terdiri dari Yob, Hazo, Srul, Saya, Adib, Meon, Shift, Fuu, Farah dan Dania.

Kami telah diberi satu "task" bernama "My Team". Dalam task ini kami disuruh utk membincangkan tentang teamworks, perlu memilih seorang ketua yang berkaliber dan sopan, kami perlu membuang dua orang ahli kumpulan kami dan beri sebab kami buang mereka dan akhirnya kami perlu menggantikan dua orang dari kumpulan kami. Kami telah memilih dua org iaitu Shift dan Adib kerana mereka aggresif dalam melakukan aktiviti2 ini. Dua pengganti mereka ialah Jera dan Amalina. Kumpalan saya punya kata2 peransang ialah "We mix, We strong". Kami semua juga diberikan satu kontrak dimana kami tulis semua goal kami, cara mencapai goal kami, kata2 peransang, orang yang kami dijadikan contoh, 5 sebab kami in capai goal kami dan perasaan kami bila mencapai kejayaan.

Pada hari ketiga pula, aktiviti2 yang kami lakukan ialah "The Gift of Learning", "The Gift of Gratitude & Giving", "The Gift of Work", "Briefing on GMI Rules & Regulation" dan "Success Story of GMI".

Aktiviti kali ini pula kami diarahkan utk bercucuk tanam, melakarkan perhiasan untuk mencantikkan ruang sblm masuk ke bilik RCD dan kami juga perlu membincangkan tentang "The Golden List" dan "The Ultimate Gift of Gratitude". "The Golden List" ini merupakan senarai semua barang yang amat dihargai oleh kumpulan kami. "The Ultimate Gift of Gratitude" ini merupakan barang yang kami ingin hadiahkan kepada sesiapa yang kami inginkan. Kami hanya perlu membincangkan "task" ini sahaja.

Pada hari keempat pula, aktiviti hari ini dibahagikan kepada in-campus dan out-campus program. Aktiviti in-campus ialah "presentation on Ultimate Gift Activities & Refection Closure. Sewaktu aktiviti ini kami perlu menyerahkan kontrak yang kami telah tulis dan kami akan melakukan pembentangan task yang kami telah lakukan. Aktiviti out-campus akan saya ceritakan di bahagian kedua

No comments:

Guided Ways

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Looking for Ways of Life

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com