Thursday, June 25, 2009

Father's Day

Assalamualaikum semua. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di dunia dan terutamanya bapa saya hehe. Minta maaf kepada semua bapa kerana lambat menulis untuk mengucapkan hari bapa. Sambutan Hari Bapa ialah pada 21 haribulan 6 hehe. Mohon maaf sekali lagi kerana lambat post kali ini. Saya mendoakan kepada Allah SWT semoga semua ibu bapa di dunia dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat Amin.

Allah Jua Tempat Kembali Makhluk Siri 3

MUSIM PENYAKIT BERJANGKIT DAN CUACA YANG BURUK

Di Malaysia sekarang nie pelbagai penyakit berjangkit mulai muncul dan juga dalam masa yang sama kita menghadapi suasana cuaca berjerebu dan kepanasan global.Faktor-faktor sebegini akan memberi kesan negatif pada kesihatan amnya.Contoh kesan-kesan pada kesihatan ialah sering demam,batuk yang berterusan,resdung,selsema dan juga sakit kepala.

Jadi disini saya ada memberi pelbagai tips bagi merawat pelbagai penyakit yang berpunca daripada faktor diatas untuk anda dirumah yang membaca blog ini.

Jika anda atau anak anda mengidap demam atau suhu badan yang tinggi,saya syor anda mencari 3 biji kelapa muda.Kupas sebiji kelapa dan tuang kedalam cawan,bacakanlah ayat ruqyah fatehah 1x,al isra 82 7x,qursy 7x dan 3 qul 3x lalu tiup 10 saat pada air kelapa tadi.Bagi pesakit minum sehingga habis pada waktu selepas asar keatas,pesakit perlulah membaca bismillah,selawat dan fatehah 1x dan niat minta tuhan beri kesembuhan sebelum minum air kelapa tersebut.Jadi pesakit perlu minum 3biji kelapa selala 3 hari berturut-turut.Air kelapa yang telah diruqyah amat-amat bagus dalam merawat penyakit demam panas,demam campak ataupun sebarang penyakit yang berkaitan turun naik suhu badan.

Bagi individu yang sering batuk berpanjangan dek kerana suhu panas dan berjerebu sekarang ini,saya syor anda beli sebotol madu di farmasi berhampiran rumah anda.Buka peutupnya dan bacakan ayat2 ruqyah yang sebutkan seperti diatas tadi lalu minum sesudu pada waktu asar keatas selama 7 hari berturut-turut,insyaAllah sembuh.

Dalam pada masa sekarang ini kita perlu minum air suam sebanyak yang mungkin,kurangkan minuman berais dan banyakkan mengambil makanan-makanan yang menguatkan antibodi seperti kurma,madu,telur 1/2 masak dan juga buah-buahan yang mengandungi banyak vitamin c seperti buah oren dan banyak lagi.

Friday, June 19, 2009

Mereka Kaum Yang Menghafal

imtihan

“Shh! Shh!” kedengaran satu suara dari belakang.

Kerusi saya ditendang-tendang perlahan.

Shoo (apa hal)?” saya menoleh ke belakang.

“Soalan nombor dua, jawapannya di muka surat berapa?” tanya seorang pelajar.

Arab.

Mahu meniru rupanya.

“Nanti saya tanya pensyarah, boleh tak bagi jawapan pada kamu” saya memberitahunya.

“Jangan, jangan, jangan!” katanya sambil membetulkan tempat duduk.

Geli hati saya dibuatnya. Tetapi macam penghormatan pula jadinya apabila ada pelajar Arab mahu meniru pelajar Malaysia. Subjeknya pula ialah Nahu Arab! Tetapi memang umumnya, pelajar Malaysia ramai yang lebih bagus berbanding dengan Arab, di dalam subjek Nahu. Biar pun mereka menuturkan Bahasa Arab itu sejak merangkak di atas lutut, tetapi kita pelajar Malaysia lebih mendalam mempelajari Nahunya, terutamanya bagi pelajar daripada Maahad atau sekolah pondok.

Tidak hairanlah apabila pelajar Arab sendiri mahu meniru pelajar Malaysia.

AJAIB

Selepas selesai menduduki peperiksaan itu, saya segera pulang ke rumah kerana lari dari kepanasan mentari padang pasir. Ada sesuatu yang masih saya fikirkan tentang pelajar Arab yang mahu meniru tadi. Bukan soal Arab meniru Melayu, tetapi pada cara dia meniru.

“Soalan nombor dua, jawapannya di muka surat berapa?” tanya beliau.

Wah, muka surat berapa? Adakah pelajar itu menghafal buku Qatrunnada yang kami guna? Lengkap dengan muka suratnya sekali?

Tetapi itulah realitinya. Tidak hairanlah melihat pelajar Arab mengulangkaji pelajaran di musim peperiksaan. Sungguh pelik dan lucu. Dengan sebuah buku di tangan, mereka berjalan mundar mandir hingga haus tanah dibuatnya. Lihat sahaja kawasan di sekitar maqam Abdullah ibn Rawahah radhiyallaahu ‘anhu. Tanah di bawah pokok pine di situ sudah botak. Haus… gara-gara mundar-mandirnya anak-anak Arab yang mengulangkaji pelajaran.

Mengapa mereka mengulangkaji begitu?

Tidak perlukah mereka kepada meja untuk mencatat dan menulis?

Sesungguhnya mereka tidak perlu kepada itu semua kerana mereka… MENGHAFAL.

Bukan menghafal al-Quran, atau matan-matan klasik, malah buku teks biasa pun dihafal mereka. Sebab itulah tatkala mereka mahu meniru, permintaannya berbunyi, “jawapannya di muka surat berapa?”

Kalau diberitahu bahawa jawapannya di muka surat sekian sekian, maka mereka akan segera menyalin segala isi yang ada di muka surat berkenaan ke kertas jawapan. Ala-ala mesin fotostat. Sudah tentu, bagi pelajar Malaysia di sisi, hatinya berdebar-debar melihat pelajar Arab di sebelahnya menulis jawapan berkajang-kajang. Terasa kerdil memandangkan kertas jawapan sendiri masih belum penuh sehelai dua.

Tetapi ketika keputusan peperiksaan keluar, biasa pula jadinya markah pelajar Malaysia setanding malah sering juga lebih tinggi daripada pelajar Arab.

“Apa ini? Mana jawapannya?” tanya seorang pensyarah.

Beliau menunjukkan kertas jawapan seorang pelajar Arab yang penuh berkajang-kajang, hingga tidak tentu mana satu jawapannya. Walhal soalan yang ditanya, hanya perlu dijawab kurang semuka.

Tersenyum saya memikirkan pengalaman yang satu itu.

ANTI HADITH

Mungkin bagi ‘kaum pelampau’ yang semberono mengkritik sistem ilmu Hadith dan sanad mereka-reka andaian tentang keabsahan nukilan legasi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Mana mungkin kata-kata Baginda boleh dirakam oleh memori dan dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi tanpa penambahan atau pengurangan. Mustahil.

Ya, mustahil kalau perawi itu seperti kamu!

Namun, melihatkan kepada keupayaan pelajar Arab versi kurun ke-20 yang ‘korupsi’ itu menghafal buku teks mereka hari ini, sungguhlah bahawa para sahabat dan generasi Islam yang awal itu, kekuatan mereka pada merakam pendengaran dan penglihatan di kotak ingatan pasti jauh, jauh dan jauh lebih hebat lagi. Tidak hairanlah jika kelebihan itu menjadikan mereka kaum yang terpilih untuk merekodkan Sunnah Rasulullah sallalaahu ‘alayhi wa sallam.

Seperti yang diungkapkan oleh David Samuel Margoliouth, seorang Orientalis Inggeris dari Oxford, “untuk melihat kehebatan yang ada pada Islam, tidak perlu pergi sampai ke Mekah. Cukup sekadar dilihat kepada sistem sanadnya”.

Hebat!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Saifulislam.Com mengalu-alukan sumbangan anda untuk menampung perjalanan server. Klik di sini untuk menyumbang. Terima kasih... [Abu Saif]





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Selepas Main Game

Artikel ini diambil dari blog Diari Abumujahid al-Urduni

Ohh Makanan


Makanan vs doa


Gerun rasanya, bila mengenangkan sekarang ni makanan yang kita makan dan makanan yang kita bagi pada anak-anak kita.. adakah halalan Thiyyiba..

bukan apa, makanan sebenarnya memberi kesan yang besar kepada penerimaan amal ibadat dan doa kita kepda ALLAh,


Pembaca budiman,


Hadis kesepuluh dalam himpunan hadis 40 Imam Nawawi bermaksud:

Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para Rasul ). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang saleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. ' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia ( doanya ) untuk dikabulkan. '


ALLAHU..


Betapa besarnya erti memilih makanan halalan Toyyiban.. kalau anda seorang mualij.. doalah sebanyak mana pun untuk kesembuhan pesakit tapi dalam masa sama terbias dengan makanan haram, Jauhnya doa kita daripada diQabulkan.

Kalau anda seorang pelajar, berbuih mulut berdoa, tapi makanan yang kita makan makanan syubhah, keropok2 x pasti status halal atau haram, macam mana ALLAH nk makbulkan??

Oh ya.. kalau siapa saja pun kita, tapi tidak menjaga asas makanan kita, sesungguhnya kita menghala ke arah kemuflisan dunia dan lebih muflis di akhirat.... Na’uzubiLLAH min zalik..

Masya ALLAH..

Teringat bicara sufi Ibrahim bin Adham bila ditanya kenapa doa tidak di makbulkan, beliau menjawab: Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara:

  1. Kamu kenal ALLAH, tetapi kamu tidak tunaikan hakNya.
  2. Kamu sangka bahawa kamu cinta RasuluLLAH SAW, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
  3. Kamu telah membaca Al Quran, Tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  4. Kamu telah makan ni’mat2 ALLAH, tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya
  5. Kamu telah kata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
  6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. Kamu telah kata neraka itu benar, tetapi tidak pernah kamu usaha untuk lari daripadanya.
  8. Kamu telah kata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk baginya.
  9. Kamu bangun drpd tidur lalu kamu ceritakan segala ke’aiban manusia tetapi kamu lupa ke’aiban kamu sendiri.
  10. Kamu kebumikan mayat2 manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Ya ALLAH

Kami redha menjadi hambaMu, Engkau redhailah kami, kami berjalan di bumi Mu, Engkau berkatilah kami dengan Inayah dan HIdayahMU moga2 kami dan generasi kami tergolong dikalangan orang yang Berjaya..

Amin Ya Rabbal’alamin

Tuesday, June 9, 2009

Al-Muallim




Sami Yusuf - Al-Muallim

We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..

Chorus
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled

Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)

Monday, June 1, 2009

Hadis Muthahharah

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : 

Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya, tanyalah apa yang engkau kehendaki :

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik )
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin


Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda S.A.W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini....

Allah Jua Tempat Kembali Makhluk Siri 2

Ayat al-Quran, zikir boleh halang gangguan syaitan

SEJAK akhir-akhir ini, kita kerap mendengar masalah histeria di sekolah luar bandar dan bandar. Baru-baru ini, sekolah anak saya di Petaling Jaya turut mengalaminya. Dari segi psikologi, ia dikaitkan dengan tekanan. Apakah histeria daripada pandangan Islam dan bagaimanakah menangani masalah itu serta doa yang boleh diamalkan bagi mengelak masalah ini.

Puan Nur,
Petaling Jaya, Selangor.

HISTERIA atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai kerasukan sesuatu yang benar-benar wujud. Sebagai contoh, Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 275 bermaksud: “Orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama saja seperti riba”. Padahal Allah sudah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang sudah sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya lalu ia berhenti (daripada mengambil riba), maka apa yang sudah diambilnya dulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkara itu terserah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi (perbuatan mengambil riba), maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”

Dirasuk ditafsirkan oleh ulama, contohnya Ibn Kathir dalam tafsir al-Quran al-Azim bahawa pemakan riba tidak dapat berdiri dengan betul pada hari kiamat. Mereka akan berjalan terhuyung-hayang seperti orang kerasukan.

Sebagai keterangan lanjut yang berkaitan, dalam hadis sahih riwayat al-Hakim daripada Kharijah As-Shalt daripada Alaqah Sahar, dia berkata: “Pada zaman Nabi dulu, penduduk sebuah kampung pernah meminta tolong kepadaku mengubati seorang yang selalu ditimpa penyakit gila dan kerasukan di kalangan mereka. Orang lelaki ini diikat bagi mengelakkan dia menyusahkan orang lain.

“Alaqah akhirnya membacakan al-Fatihah untuk orang yang ditimpa musibah itu setiap hari, pagi dan petang selama tiga hari berturut-turut sehingga dia sembuh dan dilepaskan daripada gangguan syaitan itu.”

Merujuk bukti al-Quran dan hadis yang sangat banyak, ulama ahli Sunnah bersepakat mengatakan kerasukan syaitan benar-benar wujud. Ia satu bentuk penguasaan syaitan ke atas manusia di samping cara mempengaruhi yang lain.

Allah SWT menjelaskan dalam surah al-Mujadalah ayat 19 bermaksud: “Syaitan sudah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah.”

Matlamat terakhir gangguan syaitan seperti digambarkan dalam surah al-A’raf ayat ke-17 bermaksud: “Kemudian aku datangi mereka dari hadapan serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.”

Bagi mengatasi masalah gangguan itu, cara paling berkesan terutama apabila berlaku kepada ramai, seseorang melaungkan azan. Nabi SAW menyatakan dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim: “Apabila azan dilaungkan, syaitan bertempiaran lari sambil membunyikan kentutnya kerana tidak mahu mendengar suara azan”.

Dalam hadis lain, rawatan yang sangat berkesan ialah membaca surah al-Fatihah, ayat Kursi, dua ayat terakhir surah al-Baqarah, surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Cara dicadangkan menurut hadis riwayat Abu Daud ialah membuat tiupan kepada pesakit dan mengulangi bacaan itu tiga kali atau lebih.

Bagi mengelak ditimpa gangguan syaitan yang pelbagai, kita perlu sentiasa zikir dan wirid sekurang-kurangnya selepas solat, sentiasa membaca al-Quran dan mengamalkan doa pilihan.

Sebagai contoh pembaca boleh merujuk kitab zikir nabi karangan al-Imam an-Nawawi yang sangat padat dengan amalan dan petua yang dianjurkan Baginda SAW. Nabi juga pernah mengalami gangguan syaitan akibat disihir oleh Yahudi Labid al-A’sam, tetapi Baginda diselamatkan Allah dengan amalan membaca al-Falaq dan an-Nas.

Sebagai wasiat yang penting daripada Nabi SAW seperti yang diriwayatkan al-Imam al-Bukhari dan Muslim, Baginda bersabda:

“Apabila kegelapan malam tiba, iaitu waktu petang, tahan anakmu, sesungguhnya syaitan bertebaran pada waktu itu. Apabila malam mula berlalu, maka lepas mereka, tetapi tutup pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah. Sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang tertutup, tutup makanan dan minuman serta sebut nama Allah SWT, sekalipun dengan meletakkan sesuatu di atasnya.”


INFO: Elak gangguan syaitan

* Membaca surah al-Fatihah, ayat Kursi, dua ayat terakhir surah al-Baqarah, surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas.
* Membuat tiupan kepada pesakit dan mengulangi bacaan di atas sebanyak tiga kali atau lebih.
* Zikir dan wirid sekurang-kurangnya selepas solat, sentiasa membaca al-Quran dan mengamalkan doa pilihan.
* Larang anak keluar ketika Maghrib dan tutup pintu rumah kerana syaitan bertebaran pada waktu itu.

sumber: http://www.bharian.com.my

Guided Ways

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Looking for Ways of Life

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com