Friday, January 29, 2010

Selawat Ke Atas Rasulullah Perintah Wajib

Sumber Utusan Malaysia bertarikh 29 Januari 2010.

SOALAN

Kenapa kita ucapkan selawat ke atas Rasulullah SAW sahaja, sedangkan Nabi-nabi dan Rasulul-rasul yang lain kita hanya ucapkan selamat sejahtera?


Jawapan

Selawat ke atas Nabi SAW adalah perintah wajib daripada Allah SWT. Selawat ke atas Nabi-nabi yang lain tidak diperintah, cuma adabnya apabila kita menyebut nama mana-mana Nabi atau Rasul adalah elok kalau diucapkan selamat atau sejahtera ('Alaihi al-Salam).

Manakala apabila kita mendengar orang menyebut Rasulullah atau apa-apa nama baginda hendaklah berselawat ke atas baginda (Sallallahu alaihi wa sallam). Bagi mereka yang tidak mengendahkan selawat ke atas baginda digolongkan dalam golongan yang bakhil dan rugi serta macam-macam ancaman lain.

Maka ada beberapa perkara yang perlu diketahui umum kenapa wajib kita berselawat ke atas Nabi SAW berbanding Nabi-Nabi yang lain.

1- Apabila seseorang itu berselawat ke atas Rasulullah SAW kerana menurut perintah Allah SWT sedang Allah juga berselawat ke atas baginda maka selawat Allah SWT bermaksud pujian dan kemuliaan baginda berbanding Rasul dan Nabi yang lain. Manakala selawat manusia ke atas baginda bermaksud doa supaya Allah SWT mengangkat kedudukan baginda ke tempat yang lebih terpuji.

2- Sebagai mentaati perintah Allah SWT ke atas hamba-hambanya agar berselawat ke atas baginda SAW. Dalam surah al-Ahzab Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SWT); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzab: 56)

Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa berterusan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Juga bermaksud kedudukan baginda serta kenikmatan yang diperoleh baginda sama ada di dalam alam barzakh mahupun di dalam syurga adalah sentiasa bertambah dan lebih mulia berbanding dengan Nabi-nabi yang lian.

Sekali gus para ulama berpendapat bahawa Allah SWT hanya berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW secara khusus berbanding dengan Nabi-nabi yang lain. Adapun Nabi dan Rasul-rasul yang lain menerima ucapan kesejahteraan dengan ucapan salam tanpa selawat. Di dalam sepotong hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat yang bernama Bashir bin Sa'ad: Kami diperintah Allah agar mengucapkan selawat ke atas kamu wahai Rasulullah, maka bagaimana caranya kami harus mengucapkan selawat itu, lalu baginda diam terlalu lama sehingga ada yang mengharap alangkah baiknya kalu dia tidak bertanya soalan itu kepada baginda. Kemudian barulah baginda bersabda bahawa: " Ya Allah selawatlah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau telah memberikan selawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan anugerahi ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau anugerahi Nabi Ibrahim dan ahli keluarga Nabi Ibrahim di dalam alam sekelian, sesungguhnya engkau adalah yang Maha terpuji lagi Maha Mulia. Kemudian ucapkanlah salam sebagaimana yang telah kamu ketahui. (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasaie, al-Tarmidzhi).

3- Berselawat ke atas Rasulullah SAW adalah wajib berdasarkan ayat di atas. Kewajipan ini ditunaikan melalui solat lima waktu yang menjadi selawat itu wajib dalam setiap tasyahud.

3- Baginda Rasulullah SAW adalah penutup seluruh Anbiya, baginda telah menyempurnakan syariat bagi panduan hidup manusia.

4- Baginda Rasulullah SAW adalah pemilik syafaat di mahsyar, bagi mereka yang taat kepada perintah Allah dan Rasulul-Nya juga memperbanyakkan selawat ke atas baginda akan mendapat syafaat.

5- Fadilat selawat yang sangat agung, melalui selawat Allah menjanjikan keampunan, kelapangan, keberkatan, kerahmatan dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang menanti orang yang banyak berselawat.

Sumber; http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/01/selawat-ke-atas-rasulullah-perintah.html

Tuesday, January 26, 2010

PENCARI

Wahai langit yang tinggi,
Bisakah aku menggapai kau disana,
Bisakah aku melukis keindahanmu,
Bisakah aku menafsirmu,
Untuk mencari keindahan Penciptaku,
Untuk mencari keampunanNya,
Untuk kejayaan di dunia dan di akhirat,

Wahai lautan yang membiru,
Bisakah aku meredahimu,
Bisakah aku menjunam ke dasarmu,
Bisakah aku menafsirmu,
Untuk mengenal asma ul husna Nya,
Untuk mengisi jiwa ku dengan keindahan agamaNya,
Untuk memperoleh taufiq dan hidayahNya,

Wahai alam yang terbentang luas,
Bisakah aku mengamati kedamaian warnamu,
Bisakah aku menjalani kehidupan ini di tanahmu,
Bisakah tubuhku ini diterimamu,
Untuk memakmurkan agamaNya,
Untuk memperoleh makrifatNya,
Untuk menzuhudkan diriku ini,

Wahai Tuhanku Yang Maha Esa,
Nun Kau teguh disana Pengasih dan penyayang
Pun ku masih teralpa Meneguk ihsanMu,
Walau ku sedari sesesungguhnya,
aku masih di dunia fatamorgana,
Hanya engkau Tuhanku yang satu,
Tiada Tuhan selain Engkau,
Cukup bagiku ini hanya Engkau,
Yang aku sembah dan memohon pertolongan,

Wahai Tuhanku Yang Maha Pengasih,
Dengarlah ayat-ayat cintaku ini,
Supaya Kau mengampunkan dosa-dosa ku ini,
Supaya Kau mengeluarkan cinta dunia dariku,
Maka Kau masukkanlah cintaMu terhadapku,
Hanya kepada Engkaulah akan ku kembali,
Hanya Engkaulah tempatku bergantung,
Hanya Engkaulah cahaya kehidupanku,
Kepada Mu titianku hijrahkanlah diri ini.

Nukilan: Amirul Asraf

Copyright 2010 @ Fuyu_Daimon aka Amirul Asraf

Erti Nilai Sebuah Cinta

Cinta itu Mulia;
Cinta buta bukan kerana sifatnya;
Cinta buta kerana manusia itu buta;
Buta kerana menutup hati dan akal yang mulia;

Jangan salahkan cinta;
Bila sudah tersesat dalam hidup;
Salahkan diri yang sombong dan bongkak;
Sombong dan bongkak dalam panggilan Illahi;

Dengan memekakkan telinga dan membutakan mata;
Dalam melihat kebenaran Illahi;
Kebenaran yg telah terpampang di depan mata;
Sesungguhnya manusia itu buta kerana cinta manusia;

Cinta manusia yang belum pasti dibalas;
Hanya mampu mengharap hingga gila;
Cinta itu juga tidak akan kekal lama;
Esok Lusa cinta itu boleh pudar;

Cinta itu juga hanya sampai mati sahaja;
Yang mati pasti di dalam tanah;
Yang hidup akan teruskan perjalanan ini;

Namun manusia tidak akan buta;
Tidak akan buta bila cintakan manusia;
Bila cinta itu diletakkan atas dasar ILLAHITAALA
Sesungguhnya cinta ALLAH pasti kekal;
Kekal waktu hidup malah mati;

Bila mengharapkan cinta ALLAH;
ALLAH MAHA MENGASIHANI;
ALLAH pasti membalasnya;
ALLAH pasti tidak akan menghampakan hambaNya
HambaNya yg mengharapkan;
Menagihkan cintaNya;

Sedarlah wahai hamba2 ALLAH;
Sesungguhnya petunjuk ALLAH sentiasa ada didepan mata;
Hanya kita yang membutakan jiwa kita;
Sesungguhnya Cinta ALLAH;
Cinta ALLAH membawa kejayaan di dunia dan akhirat.

Nukilan: Amirul Asraf

Copyright 2010 @ Fuyu_Daimon aka Amirul Asraf

Guided Ways

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Looking for Ways of Life

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com