Showing posts with label Sajak. Show all posts
Showing posts with label Sajak. Show all posts

Saturday, March 26, 2011

Masa Silam

Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang

Andai bisa perbaiki segala yang terjadi

Tapi waktu tak berhenti

Tapi detik tak kembali


Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari

Bunga yang mekar akan layu akan mati

Malam kan berakhir, hari kan berganti

Takdir hidup kan dijalani

Friday, March 25, 2011

Alam

Dikala malam menyelebungi alam,
Rintihan air mata langit,
Bercucuran dan menitis,
Membasahi alam ini,
Membawa seribu satu rahmat dr ALLAH SWT,

Alam yg terbentang luas,
Luas dgn keindahan ciptaan Tuhan,
Dinginnya malam ini,
Mencengkam susuk tubuhku,
Mengigil aku dlm kedinginan malam ini,

Wahai Alam,
Terpaku aku dlm keindahanmu,
Terpesona aku dlm rupamu,
Terdiam aku dlm kedamaianmu,
Terpikir aku dlm rahsiamu,
Terbuailah aku,
Dlm nyanyian alam,
nyanyian yang menjadi halwa telinga,
Membawa seribu satu makna,
Membawa seribu satu kedamaian,

Oh Alam,
sedinye aku melihat dikau,
keindahanmu tercalar,
Rupamu dibinasakan,
Oleh Insan2 yg tidak mengenal erti,
Erti sebenar alam,
Erti keindahan alam,
Erti ciptaan alam ini,

Wahai manusia,
Engkau lah ciptaan ALLAH SWT,
Ciptaan yg hebat,
Digelar sebagai khalifah,
Khalifah utk alam ini,
Jangan engkau mencalarkannye,
Jangan engkau memusnahkannye,
Hargailah nikmat ALLAH SWT Yg Maha Esa ini,
Dan Engkau pohonkanlah rahmat dr ALLAH SWT.

Monday, March 21, 2011

Penantian

sHati bertaut kesunyian bila malam menggelayut datang….
Bayang bidadari hadir menyapa dengan senyum waktu mata terpejam…
Rona jingga kilauan mutiara senja…
Kian hilang kerana tercampak oleh takdir manusia…
Kerana diri tiada harta...
tahta dan nama yg tinggi....
Hanya perih mengiringi lurus jalan berduri..
Ucap gementar bibir saat sayup mata perlahan pergi..
Jauh takkan kembali....
Mungkin sampai nanti atau takdir jemputnya lagi..

Kemudian haiwan buas itu menatap wajahnya yang cantik..
Meluluhkan hatinya yang beku…
Kemudian mati…
Bila kuku mencakar hati..
Kiranya maaf hanya anugerah lidah yang keji…
Sampai hari berganti abad kemudian kembali…
Dermaga usang terus ada dan kukuh berdiri…...

-Nukilan Aaina-

Sunday, March 20, 2011

Lakaran Sebuah Puisi Cinta

Kekasih hatiku,
Daku mencintaimu sepenuhnya
Ku tau engkau juga cintakan daku,
Cintai sepenuhnye,

Namun hati kite bukan milik kita,
Milik Sang Pengcipta,

Walau kata2 kite,
Mengatakan cinta kite sejati,

Namun kite sedar cinta kite bukan cinta Sejati,
Cinta sejati hanya pdNya,

Ku lakarkan puisi cinta ini,
Bkn aku tidak mencintaimu,
Namun aku amat mencintaimu,

Kerana amat mencintaimu,
Daku ingin menyedarkan bahawa,
Cinta Hakiki hanya Cinta Illahi,
Bukan cinta Manusia,
Yg hanya penuh sandiwara keduniaan.

Tuesday, March 8, 2011

Kesilapan Insan.....

Kekalutan mlm tanpa cahaya bulan,
Membuat daku sasau keseorgan,
Tergapai2 dlm kelemasan keresahan,
Daku terbingung2 mencari jawapan,

Jawapan keresahan hatiku,
Bila disangkakan jawapan sudah diperolehi,
Itulah kesilapan sbnrku,
Kesilapan yg membuahkan daku seribu satu kekesalan,

Maafkan daku krn jejak langkahku,
Langkahku yg alpa,
Langkahku yg menjengkelkan,
Langkahku yg haru biru,

Bila daku tersedar dr buaian mimpi itu,
Barulah daku tersentak dgn perbuatanku,
Maafkan daku sekali lagi,

Ampunkan dosaku Ya ALLAH SWT.......
Ya ALLAH, ampunkan dosaku.....

Monday, March 7, 2011

Lakaran Sebuah Puisi Cinta

Kekasih hatiku,
Daku mencintaimu sepenuhnya
Ku tau engkau juga cintakan daku,
Cintai sepenuhnye,

Namun hati kite bukan milik kita,
Milik Sang Pengcipta,

Walau kata2 kite,
Mengatakan cinta kite sejati,

Namun kite sedar cinta kite bukan cinta Sejati,
Cinta sejati hanya pdNya,

Ku lakarkan puisi cinta ini,
Bkn aku tidak mencintaimu,
Namun aku amat mencintaimu,

Kerana amat mencintaimu,
Daku ingin menyedarkan bahawa,
Cinta Hakiki hanya Cinta Illahi,
Bukan cinta Manusia,
Yg hanya penuh sandiwara keduniaan.

Saturday, March 5, 2011

Kedamaian Hati Ini

Bila daku merenung jauh,
Jauh dlm kehijauan rimbunan hutan,
Daku tercari2 makna disebalik kehijauan itu,
Kehijauan itu mengembalikan daku,
Akan kedamaian yg telah sesat,
Dlm kegelapan mlm ku,

Oh! Sang Bayu,
Dikau meniup halus,
Sehalus2nye lalu,
Layu di hatiku yg lara,
Membawa seribu satu gemaan kedamaian,

Sepertiga malam yg sunyi,
Membangkitkan daku yg lena,
Oleh keindahan fatamorgana dunia ni,
Membangkitkan jiwa ku yg kekosongan ini,
Mencari erti sebenar-benar kedamaian,

Nan subuh menjelma,
Tarbuk pun berbunyi,
Memecahkan kesunyian alam ini,
Suara2 juga gempar melaungkan,
Keesaan Allah Yg Maha Besar,
Memanggil seluruh alam,
Yg enak dibuai mimpi,
Bangkit beribadah kpdNya,

Wahai jiwa2 yg hilang,
Hilang dlm keenakkan duniawi,
Sedarlah kamu akan buaian mimpi ini,
Kerna mimpi ini hanya sementara,
Nnt bangkitlah kite di alam yg nyata,
Dengarlah bicara hatiku ini,
Agar kite bertemu dgn senang di akhir nnt,

Oh! kedamaian hatiku,
Sudah lama engkau hilang dari jiwaku,
Kembalilah wahai kedamaian hatiku,
Berikan ketenangan bagi jiwaku,
Jiwaku yg sudah lame lara dek buaian mimpi ini,

Hadirkanlah wahai Tuhan yg Maha Esa,
Kerna Engkau sahaja yg mampu mengembalikan kedamaian ini,
Jasad dan jiwa ku adalah hak milikMu,
Daku tidak mampu untuk kedamaian hatiku ini,
Tanpa keredhaanMu dan keizinanMu,
Kun Fayakun ada hak milikMu,
Maka hanya Engkaulah tempat daku memohon dan meminta pertolongan.

Thursday, March 3, 2011

Bicaranya Seorang Insan

Assalamualaikum,

Bicaraku mulakan,

Tangan dihulur,

Tanda menghormati,

Inilah titik permulaan buatku,

Titik2 perubahan yg ku harapkan,

Segala bicaraku yg dahulu,

Segala tindakan yg dahulu,

Harap dimaafkan,

Naifnya daku lalui hidup ini,

Membuat ramai org terluka,

Membuat daku terbuai,

Dlm mimpi yg indah,

Mimpi fatamorgana dunia,

Owh! Indahnye dunia,

Membuat jiwa2 yg kekosongan,

Bertambah2 lalai dan alpa lg,

Oh! Tuhan Yg Maha Esa,

Tunjukkanlah daku jalan yg benar,

Spt mane org2 yg mendapat rahmatMu,

Ampunkan lah dosa2 ku yg lalui,

Berikan daku keampunanMu,

Agar daku peroleh kejayaan didunia dan diakhirat kelak.

Wednesday, February 3, 2010

Aku

Aku,
Aku hanya sekadar di pinggiran,
Aku hanya mampu melihat,
Melihat senyuman2 yang terukir,
Terukir di wajah kegembiraan,

Aku hanya mampu menghulurkan tangan,
Menggapai angin2 bayu kegembiraan,
Namun tidak ku mampu mengenggamnya,
Lalu angin itu bertiup-tiup,
Meninggalkan daku terlantar di lantai,
Ku gagahkan langkahku mengejar bayang2an angin itu,
Namun jalannya penuh dugaan dan liku2 kepayahan,

Aku menadahkan tanganku,
Memandang ke langit yang megah di atas sana,
Aku bermunajat agar daku diberikan kekuatan,
Kekuatan bisa menempuh kepayahan jalan ini,
Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan izin ALLAH SWT.

Nukilan: Amirul Asraf

Copyright 2010 @ Fuyu_Daimon aka Amirul Asraf

Tuesday, January 26, 2010

PENCARI

Wahai langit yang tinggi,
Bisakah aku menggapai kau disana,
Bisakah aku melukis keindahanmu,
Bisakah aku menafsirmu,
Untuk mencari keindahan Penciptaku,
Untuk mencari keampunanNya,
Untuk kejayaan di dunia dan di akhirat,

Wahai lautan yang membiru,
Bisakah aku meredahimu,
Bisakah aku menjunam ke dasarmu,
Bisakah aku menafsirmu,
Untuk mengenal asma ul husna Nya,
Untuk mengisi jiwa ku dengan keindahan agamaNya,
Untuk memperoleh taufiq dan hidayahNya,

Wahai alam yang terbentang luas,
Bisakah aku mengamati kedamaian warnamu,
Bisakah aku menjalani kehidupan ini di tanahmu,
Bisakah tubuhku ini diterimamu,
Untuk memakmurkan agamaNya,
Untuk memperoleh makrifatNya,
Untuk menzuhudkan diriku ini,

Wahai Tuhanku Yang Maha Esa,
Nun Kau teguh disana Pengasih dan penyayang
Pun ku masih teralpa Meneguk ihsanMu,
Walau ku sedari sesesungguhnya,
aku masih di dunia fatamorgana,
Hanya engkau Tuhanku yang satu,
Tiada Tuhan selain Engkau,
Cukup bagiku ini hanya Engkau,
Yang aku sembah dan memohon pertolongan,

Wahai Tuhanku Yang Maha Pengasih,
Dengarlah ayat-ayat cintaku ini,
Supaya Kau mengampunkan dosa-dosa ku ini,
Supaya Kau mengeluarkan cinta dunia dariku,
Maka Kau masukkanlah cintaMu terhadapku,
Hanya kepada Engkaulah akan ku kembali,
Hanya Engkaulah tempatku bergantung,
Hanya Engkaulah cahaya kehidupanku,
Kepada Mu titianku hijrahkanlah diri ini.

Nukilan: Amirul Asraf

Copyright 2010 @ Fuyu_Daimon aka Amirul Asraf

Erti Nilai Sebuah Cinta

Cinta itu Mulia;
Cinta buta bukan kerana sifatnya;
Cinta buta kerana manusia itu buta;
Buta kerana menutup hati dan akal yang mulia;

Jangan salahkan cinta;
Bila sudah tersesat dalam hidup;
Salahkan diri yang sombong dan bongkak;
Sombong dan bongkak dalam panggilan Illahi;

Dengan memekakkan telinga dan membutakan mata;
Dalam melihat kebenaran Illahi;
Kebenaran yg telah terpampang di depan mata;
Sesungguhnya manusia itu buta kerana cinta manusia;

Cinta manusia yang belum pasti dibalas;
Hanya mampu mengharap hingga gila;
Cinta itu juga tidak akan kekal lama;
Esok Lusa cinta itu boleh pudar;

Cinta itu juga hanya sampai mati sahaja;
Yang mati pasti di dalam tanah;
Yang hidup akan teruskan perjalanan ini;

Namun manusia tidak akan buta;
Tidak akan buta bila cintakan manusia;
Bila cinta itu diletakkan atas dasar ILLAHITAALA
Sesungguhnya cinta ALLAH pasti kekal;
Kekal waktu hidup malah mati;

Bila mengharapkan cinta ALLAH;
ALLAH MAHA MENGASIHANI;
ALLAH pasti membalasnya;
ALLAH pasti tidak akan menghampakan hambaNya
HambaNya yg mengharapkan;
Menagihkan cintaNya;

Sedarlah wahai hamba2 ALLAH;
Sesungguhnya petunjuk ALLAH sentiasa ada didepan mata;
Hanya kita yang membutakan jiwa kita;
Sesungguhnya Cinta ALLAH;
Cinta ALLAH membawa kejayaan di dunia dan akhirat.

Nukilan: Amirul Asraf

Copyright 2010 @ Fuyu_Daimon aka Amirul Asraf

Wednesday, October 14, 2009

Syair Perahu ~ Hamzah Fansuri

Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i’tikat diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.

Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.

Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu

Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.

Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.

Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.

Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.

Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba’id.

Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.

Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.

Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.

La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.

Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.

Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.

Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.

Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu ‘azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.

Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na’am, siang dan malam.

Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.

Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.

Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.

Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.

“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.

Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.

Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.

Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.

Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
(baris ini tidak terbaca)

Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.

Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?

La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insap,
siang dan malam jangan dilalaikan.

La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma’rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.

La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da’im dan ka’im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.

La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.

La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.

La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma’rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.

La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.

La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah.

~ Hamzah Fansuri

Sumber; http://penyair.wordpress.com/2007/02/27/syair-perahu-hamzah-fansuri/

Aku Mencari DiriMu...

Aku mencari diriMu...
Dalam jaga mahupun terlena...
Walaupun payah tetap mencari...
Asalkan tidak rugi...
Ditelan usia makin menyepi...

Aku mencari diriMu...
Ke sana menerjah ke sini menujah...
Tetap buta basah berhujan...
Hampa tidak bisa disimpan...
Menjerit meronta memanggil Nama...

Allah... Allah... Allah...

Aku mencari diriMu...
Tunjukkan padaku...
Wajah tidak sama dengan baru...
Kau ada tapi dimana diriMu...
Bisakah diri bertemu diriMu....

Aku mencari diriMu...
Walaupun mati tidak peduli...
Lantas terdengar suara mendatang...
"Bukakanlah takbir dari wajahnya..."

Nukilan:
Dhamah Syifflah
http://belayarmencaripenawar.blogspot.com/

Saturday, February 21, 2009

Penyair

Dia adalah rantai penghubung
Antara dunia ini dan dunia akan datang
Kolam air manis buat jiwa-jiwa yang kehausan,
Dia adalah sebatang pohon tertanam
Di lembah sungai keindahan
Memikul bebuah ranum
Bagi hati lapar yang mencari.

Dia adalah seekor burung ‘nightingale’
Menyejukkan jiwa yang dalam kedukaan
Menaikkan semangat dengan alunan melodi indahnya

Dia adalah sepotong awan putih di langit cerah
Naik dan mengembang memenuhi angkasa.
Kemudian mencurahkan kurnianya di atas padang kehidupan. Membuka kelopak mereka bagi menerima cahaya.

Dia adalah malaikat diutus Yang Maha Kuasa mengajarkan Kalam Ilahi.
Seberkas cahaya gemilang tak kunjung padam.
Tak terliput gelap malam
Tak tergoyah oleh angin kencang
Ishtar, dewi cinta, meminyakinya dengan kasih sayang
Dan, nyanyian Apollo menjadi cahayanya.

Dia adalah manusia yang selalu bersendirian,
hidup serba sederhana dan berhati suci
Dia duduk di pangkuan alam mencari inspirasi ilham
Dan berjaga di keheningan malam,
Menantikan turunnya ruh

Dia adalah si tukang jahit yang menjahit benih hatinya di ladang kasih sayang
dan kemanusiaan menyuburkannya

Inilah penyair yang dipinggirkan oleh manusia
pada zamannya,
Dan hanya dikenali sesudah jasad ditinggalkan
Dunia pun mengucapkan selamat tinggal dan kembali ia pada Ilahi

Inilah penyair yang tak meminta apa-apa
dari manusia kecuali seulas senyuman
Inilah penyair yang penuh semangat dan memenuhi
cakerawala dengan kata-kata indah
Namun manusia tetap menafikan kewujudan keindahannya

Sampai bila manusia terus terlena?
Sampai bila manusia menyanjung penguasa yang
meraih kehebatan dgn mengambil kesempatan??
Sampai bila manusia mengabaikan mereka yang boleh memperlihatkan keindahan pada jiwa-jiwa mereka
Simbol cinta dan kedamaian?

Sampai bila manusia hanya akan menyanjung jasa org yang sudah tiada?
dan melupakan si hidup yg dikelilingi penderitaan
yang menghambakan hidup mereka seperti lilin menyala
bagi menunjukkan jalan yang benar bagi orang yang lupa

Dan oh para penyair,
Kalian adalah kehidupan dalam kehidupan ini:
Telah engkau tundukkan abad demi abad termasuk tirainya.

Penyair..
Suatu hari kau akan merajai hati-hati manusia
Dan, kerana itu kerajaanmu adalah abadi.

Penyair..periksalah mahkota berdurimu..kau akan menemui kelembutan di sebalik jambangan bunga-bunga Laurel…

(Dari ‘Dam’ah Wa Ibtisamah’ -Setitis Air Mata Seulas Senyuman)

~ Kahlil Gibran

Friday, January 23, 2009

SYAIR KELEBIHAN ILMU

Syair ini diambil dari buku antologi kerusi yg digunakan sebagai teks kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah utk form 5. Buku ini dikeluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.

Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pekan.

Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.

Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang bagi yang kabur,
Ialah kandil di dalam kubur,
Lamun dengannya beramal subur.

Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
laut yang luas ialah juga.

Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Hamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.

Za'ba
Puisi Warisan, 1994.

Guided Ways

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Looking for Ways of Life

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com