Friday, January 29, 2010

Selawat Ke Atas Rasulullah Perintah Wajib

Sumber Utusan Malaysia bertarikh 29 Januari 2010.

SOALAN

Kenapa kita ucapkan selawat ke atas Rasulullah SAW sahaja, sedangkan Nabi-nabi dan Rasulul-rasul yang lain kita hanya ucapkan selamat sejahtera?


Jawapan

Selawat ke atas Nabi SAW adalah perintah wajib daripada Allah SWT. Selawat ke atas Nabi-nabi yang lain tidak diperintah, cuma adabnya apabila kita menyebut nama mana-mana Nabi atau Rasul adalah elok kalau diucapkan selamat atau sejahtera ('Alaihi al-Salam).

Manakala apabila kita mendengar orang menyebut Rasulullah atau apa-apa nama baginda hendaklah berselawat ke atas baginda (Sallallahu alaihi wa sallam). Bagi mereka yang tidak mengendahkan selawat ke atas baginda digolongkan dalam golongan yang bakhil dan rugi serta macam-macam ancaman lain.

Maka ada beberapa perkara yang perlu diketahui umum kenapa wajib kita berselawat ke atas Nabi SAW berbanding Nabi-Nabi yang lain.

1- Apabila seseorang itu berselawat ke atas Rasulullah SAW kerana menurut perintah Allah SWT sedang Allah juga berselawat ke atas baginda maka selawat Allah SWT bermaksud pujian dan kemuliaan baginda berbanding Rasul dan Nabi yang lain. Manakala selawat manusia ke atas baginda bermaksud doa supaya Allah SWT mengangkat kedudukan baginda ke tempat yang lebih terpuji.

2- Sebagai mentaati perintah Allah SWT ke atas hamba-hambanya agar berselawat ke atas baginda SAW. Dalam surah al-Ahzab Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SWT); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzab: 56)

Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa berterusan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Juga bermaksud kedudukan baginda serta kenikmatan yang diperoleh baginda sama ada di dalam alam barzakh mahupun di dalam syurga adalah sentiasa bertambah dan lebih mulia berbanding dengan Nabi-nabi yang lian.

Sekali gus para ulama berpendapat bahawa Allah SWT hanya berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW secara khusus berbanding dengan Nabi-nabi yang lain. Adapun Nabi dan Rasul-rasul yang lain menerima ucapan kesejahteraan dengan ucapan salam tanpa selawat. Di dalam sepotong hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat yang bernama Bashir bin Sa'ad: Kami diperintah Allah agar mengucapkan selawat ke atas kamu wahai Rasulullah, maka bagaimana caranya kami harus mengucapkan selawat itu, lalu baginda diam terlalu lama sehingga ada yang mengharap alangkah baiknya kalu dia tidak bertanya soalan itu kepada baginda. Kemudian barulah baginda bersabda bahawa: " Ya Allah selawatlah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau telah memberikan selawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan anugerahi ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau anugerahi Nabi Ibrahim dan ahli keluarga Nabi Ibrahim di dalam alam sekelian, sesungguhnya engkau adalah yang Maha terpuji lagi Maha Mulia. Kemudian ucapkanlah salam sebagaimana yang telah kamu ketahui. (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasaie, al-Tarmidzhi).

3- Berselawat ke atas Rasulullah SAW adalah wajib berdasarkan ayat di atas. Kewajipan ini ditunaikan melalui solat lima waktu yang menjadi selawat itu wajib dalam setiap tasyahud.

3- Baginda Rasulullah SAW adalah penutup seluruh Anbiya, baginda telah menyempurnakan syariat bagi panduan hidup manusia.

4- Baginda Rasulullah SAW adalah pemilik syafaat di mahsyar, bagi mereka yang taat kepada perintah Allah dan Rasulul-Nya juga memperbanyakkan selawat ke atas baginda akan mendapat syafaat.

5- Fadilat selawat yang sangat agung, melalui selawat Allah menjanjikan keampunan, kelapangan, keberkatan, kerahmatan dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang menanti orang yang banyak berselawat.

Sumber; http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/01/selawat-ke-atas-rasulullah-perintah.html

Tuesday, January 26, 2010

PENCARI

Wahai langit yang tinggi,
Bisakah aku menggapai kau disana,
Bisakah aku melukis keindahanmu,
Bisakah aku menafsirmu,
Untuk mencari keindahan Penciptaku,
Untuk mencari keampunanNya,
Untuk kejayaan di dunia dan di akhirat,

Wahai lautan yang membiru,
Bisakah aku meredahimu,
Bisakah aku menjunam ke dasarmu,
Bisakah aku menafsirmu,
Untuk mengenal asma ul husna Nya,
Untuk mengisi jiwa ku dengan keindahan agamaNya,
Untuk memperoleh taufiq dan hidayahNya,

Wahai alam yang terbentang luas,
Bisakah aku mengamati kedamaian warnamu,
Bisakah aku menjalani kehidupan ini di tanahmu,
Bisakah tubuhku ini diterimamu,
Untuk memakmurkan agamaNya,
Untuk memperoleh makrifatNya,
Untuk menzuhudkan diriku ini,

Wahai Tuhanku Yang Maha Esa,
Nun Kau teguh disana Pengasih dan penyayang
Pun ku masih teralpa Meneguk ihsanMu,
Walau ku sedari sesesungguhnya,
aku masih di dunia fatamorgana,
Hanya engkau Tuhanku yang satu,
Tiada Tuhan selain Engkau,
Cukup bagiku ini hanya Engkau,
Yang aku sembah dan memohon pertolongan,

Wahai Tuhanku Yang Maha Pengasih,
Dengarlah ayat-ayat cintaku ini,
Supaya Kau mengampunkan dosa-dosa ku ini,
Supaya Kau mengeluarkan cinta dunia dariku,
Maka Kau masukkanlah cintaMu terhadapku,
Hanya kepada Engkaulah akan ku kembali,
Hanya Engkaulah tempatku bergantung,
Hanya Engkaulah cahaya kehidupanku,
Kepada Mu titianku hijrahkanlah diri ini.

Nukilan: Amirul Asraf

Copyright 2010 @ Fuyu_Daimon aka Amirul Asraf

Erti Nilai Sebuah Cinta

Cinta itu Mulia;
Cinta buta bukan kerana sifatnya;
Cinta buta kerana manusia itu buta;
Buta kerana menutup hati dan akal yang mulia;

Jangan salahkan cinta;
Bila sudah tersesat dalam hidup;
Salahkan diri yang sombong dan bongkak;
Sombong dan bongkak dalam panggilan Illahi;

Dengan memekakkan telinga dan membutakan mata;
Dalam melihat kebenaran Illahi;
Kebenaran yg telah terpampang di depan mata;
Sesungguhnya manusia itu buta kerana cinta manusia;

Cinta manusia yang belum pasti dibalas;
Hanya mampu mengharap hingga gila;
Cinta itu juga tidak akan kekal lama;
Esok Lusa cinta itu boleh pudar;

Cinta itu juga hanya sampai mati sahaja;
Yang mati pasti di dalam tanah;
Yang hidup akan teruskan perjalanan ini;

Namun manusia tidak akan buta;
Tidak akan buta bila cintakan manusia;
Bila cinta itu diletakkan atas dasar ILLAHITAALA
Sesungguhnya cinta ALLAH pasti kekal;
Kekal waktu hidup malah mati;

Bila mengharapkan cinta ALLAH;
ALLAH MAHA MENGASIHANI;
ALLAH pasti membalasnya;
ALLAH pasti tidak akan menghampakan hambaNya
HambaNya yg mengharapkan;
Menagihkan cintaNya;

Sedarlah wahai hamba2 ALLAH;
Sesungguhnya petunjuk ALLAH sentiasa ada didepan mata;
Hanya kita yang membutakan jiwa kita;
Sesungguhnya Cinta ALLAH;
Cinta ALLAH membawa kejayaan di dunia dan akhirat.

Nukilan: Amirul Asraf

Copyright 2010 @ Fuyu_Daimon aka Amirul Asraf

Monday, January 25, 2010

Jangan Jadi Lilin

“Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi kebaikan orang lain!” itulah ungkapan ‘indah’ yang sering disebut orang kita.

Guru umpama lilin.

Kekasih umpama lilin.

Dan pelbagai siri lilin yang lain, terbakar diri untuk memberi.

Simbol pengorbanan.

LIKU DAKWAH

Dakwah adalah jalan yang penuh liku. Dari ujian kesusahan, hinggalah kepada ujian kesenangan malah kejemuan. Dakwah adalah wasilah Tarbiyah yang ertinya pada seni membentuk manusia. Tatkala usaha itu bersabit dengan manusia, banyaklah sakitnya berurusan dengan manusia.

Semuanya ditempuh oleh pendakwah, demi matlamat Tarbiyah yang dijunjungnya, pada seni membentuk manusia.

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”

Justeru kesakitan yang dialami oleh pendakwah adalah pada menggauli manusia, sebelum kesakitan berbentuk ujian yang datang dan pergi pada tabiat jalan dakwah.

Dakwah itu perjuangan. Perjuangan seiringan dengan pengorbanan.

JANGAN JADI LILIN YANG TERBAKAR

Dakwah boleh menyinar segar kehidupan manusia yang diseru, mengeluarkan manusia dari gelap kepada cahaya. Jalannya payah dan perlukan sabar, ketika sabar itu digelar Nabi SAW sebagai sinar mentari. Sumber kebaikan, sumber kehidupan, namun sinar hanya datang dari bakaran yang bukan sebarangan.

“… dan sabar itu adalah sinar”

Jika dakwah itu membawa sinar, maka sinar itu jugalah yang perlu dijaga. Usaha menyinari manusia dan alam, terlalu mudah membakar diri orang yang menyerunya sendiri. Manusia penyeru boleh terbakar bukan kerana berkorban, tetapi terkorban kerana hilang kepedulian terhadap tuntutan ke atas diri sendiri. Mengajak orang kepada kebaikan, tetapi membiarkan diri musnah tanpa kebaikan yang sama.

“Pendakwah seperti lilin”… mungkin bukan perumpaan yang hikmah.

Ingatlah pesan Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam, agar jangan sewenang-wenangnya kita mahu menjadi lilin:

“Perumpamaan orang yang mengajar orang ramai kebaikan tetapi melupakan dirinya sendiri adalah seperti lilin yang memberikan cahaya ke atas orang lain dan (dalam masa yang sama) membiarkan dirinya terbakar”

Lilin itu menyinar. Tetapi sinarnya hasil terbakar diri. Ia menghasilkan manfaat buat orang lain, tetapi membiarkan diri binasa. Ia membekalkan kebaikan yang dimanfaatkan oleh semua orang kecuali dirinya sendiri. Manusia lain mendapat kebaikan darinya, tetapi dirinya sendiri hancur binasa.

Lilin tidak sedar ketika sibuk menghasilkan cahaya, dirinya sendiri menuju gelita, fana’ dan binasa.

JADILAH LAMPU PELITA YANG MENYINAR

Justeru Baginda Sallallaahu ‘alayhi wa sallam berpesan dengan pesanan yang menampakkan ketelitian pada bicara dan makna, lantas bersabda:

“Perumpamaan seorang yang berilmu yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai, dan melupakan (kepentingan-kepentingan) dirinya adalah seperti lampu pelita yang memberikan cahaya untuk manusia dan membakar dirinya”

Harusnya pendakwah dan pendidik itu jadi pelita.

Gelaran Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada mereka adalah si ALIM, bukan sekadar seorang manusia. ALIM itu sandarannya ilmu. Tahu ilmu mendidik orang, tahu ilmu mendidik diri.

Perumpamaan yang baik itu ditujukan kepada seorang alim yang muallim. Seorang yang bukan sekadar tahu-tahu kemudian menyibukkan diri memberitahu, lalu mudah alpa ke atas diri sendiri. Sesungguhnya manusia seperti inilah yang sering menjadi lilin.

Akan tetapi lampu pelita menyinarkan cahaya untuk orang lain, dengan apa yang ada pada dirinya. Dirinya diberikan hak seperti yang sepatutnya, agar boleh terus bekerja dan berusaha. Ilmunya, masanya, tenaganya, semua ini menghasilkan sinar. Yang dikorbankan adalah kepentingan-kepentingan diri yang merugikan, bukannya terkorban diri kerana sibuk memberi. Terbakar itu adalah pengorbanan diri dan bukannya mangsa korban diri,

Merekalah manusia yang hidupnya dengan ilmu itu adalah untuk memberi, hidup bukan untuk diri sendiri.

PESANAN BUAT LILIN

Justeru bagi sekalian yang alpa menjadi lilin, janganlah dirimu terang sebatang hanya sepetang. Engkau harus berusaha menjadi lampu yang sentiasa mengisi diri dengan bahan bakar untuk terus bercahaya. Terbakarnya berterusan menghasilkan kebaikan, dan terus menerus berkorban, bukannya tamat kerana mangsa korban… korban sendiri yang alpa terhadap diri.

Manusia yang tidak memiliki, adalah manusia yang alpa diri, tidaklah dia mampu hidup memberi.

Banyakkan usaha mencari, sebanyak cita-citamu untuk memberi.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Sumber; http://saifulislam.com/?p=3365

© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Sunday, January 17, 2010

Apa Sudah Jadi?

Salam semua. Chat? Camne ngan amalan kite? Ade bagus? Berikanla masa utk roh kite memakan makanan yg elok iaitu berzikir. Lidah yang terbaik ialah lidah yg sentiasa basah dengan zikir dan hati yang terbaik ialah hati yg sentiasa mengingat ALLAH SWT dan sentiasa dlm bertaqwa. Ok la hari ini ana pergi menonton cerita terbaru buatan Malaysia. Ana keluar ngan sapa x perlula kamu tahu? Cerita terbaru itu diberikan tajuk Adnan Sempit. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui ttg sinopsis cerita ini, anta semua boleh google it up okai. Ana disini bukan la nak mengkritik cerita ini. tapi ana agak tidak puas hati sedikit ttg cerita ini. Cerita ini mmg best dari mula hingga akhir kerana ana asyik tergelak okai. Ana cuma nak komen ttg satu part dr cerita ini. Ana sangka citer malaysia xlah cam barat tapi bila ana tgk satu part dlm citer ana. Ana beristighfar banyak2. Semakin bertambah masa semakin bertambah pengaruh barat dalam citer Malaysia. Adus ana malas sbnrnya malas nak citer tp kerana x kepuasaan hati ni maka ana nak citer gak. Part itu ialah di kawasan berdekatan dengan banglo milik bapak heroine iaitu di tepi sungai x silap ana la. Di situ ade org berkhemah. Si hero ni jalan2 berdekatan area tu. Dia terdengar la de suara perempuan dan lelaki sedang berseronok. Si hero ini pergilah die utk mengintip maka part ini yg ana sungguh kesalkan. Di mana seorg perempuan berdiri x silap ana kerana ana waktu itu melihat lantai di kelilingi 3 lelaki la. Si perempuan itu buka la baju. Part ini si badan perempuan itu di censored. Namun begitu ana tidak setuju sama sekali walaupun part itu badan di censored. Ana x tau la nak cakpa camne. Ana ini pown bukan la sempurnaan sgt, ana pown de buat silap. Ana harap pe yg ana tuliskan tidak dijadikan sebagai fitnah. Ana harap dan berdoa supaya umat islam kita dilindungi dari fitnah2 zaman sekarang ini. Semoga ALLAh berkati dan merahmati hidup kita ini. Sampai di sini ana nak menceritakan ttg ketidakpuasaan hati ini okai. Sesungguhnya yang terbaik itu datang dari ALLAH SWT dan yang buruk itu datang dari kekhilafan ana. Wasalam


WALLAHUALAM.

Saturday, January 16, 2010

Sekadar Berbicara

Salam semua. Chat? Camne amalan kita? Ada bagus? Sesungguhnya setiap hari amalan kita dicatat. Pernahkah kita semak balik amalan kita? Jika sudah alhamdulILLAH. Jika belum maka marilah kita bermuasabah diri kita. Ana ingin mengambil kesempatan ini utk menceritakan ttg 3 perkara;

1. Apakah yang kita kejarkan dalam hidup kita?
2. Apakah perbezaan antara kita sbg umat Islam dgn umat bukan Islam?
3. Kita baca dan dengar dr media massa bahawa pelbagai penindasan berlaku terhadap

Islam spt Rasulullah SAW dan ALLAH SWT dihina melalui lukisan dan penulisan. Adakah Islam perlukan kita atau kita perlukan Islam?

Persoalan yg begitu menarik utk dibincangkan antara kita. Adakah kita sedar ttg perkara ini. Persoalan yang pertama menanyakan kita tujuan hidup kita ini. Adakah hidup kita ini sekadar mencari harta? Adakah sekadar mencari perempuan utk memuaskan nafsu? Ataupun sekadar mencari hiburan sahaja? Ana ingin menanyakan sesuatu kepada pembaca semua. Adakah segala yg ada di dunia ini akan kita bawa ke kubur? Persoalan yang banyak ana timbulkan ini perlu saudara dan saudari fikirkan. Mungkin pembaca di luar sana akan kita menyatakan bahawa kita perlu mencari akhirat. Adakah kita perlu tinggalkan dunia dan hanya mencari akhirat? Salah, ALLAH SWT suruh kita mencari kedua2nya sekali dan lebihkan akhirat sedikit dari dunia. Sebenarnya perkara yang perlu kita kerjakan ialah keredhaan ALLAH SWT. Dengan keredhaan ALLAH SWT maka kita akan selamat azab kubur dan azab neraka. Tanpa keredhaanNya adakah kita mampu memasuki syurga kepunyaanNya. Keredhaan ALLAH SWT itu amat penting dalam hidup. Redhanya ALLAH SWT, berkatlah hidup kita.

Untuk mencari keredhaanNya kita perlu beribadah setiap masa. "Apa ini? Bukan ke kau kata td kita kena cari kedua2nya bukan hanya mencari akhirat sahaja", persoalan ini mungkin timbul di benak pembaca. Oleh itu, pembaca perlu faham ibadah ini x semestinya kita buat perkara2 sunat dan wajib sahaja. Sesuatu perkejaan yang kita lakukan hanya dengan membetulkan niat kita bahawa kita melakukan ini kerena ALLAH SWT maka perkerjaan yang kita lakukan itu menjadi ibadah. Walaupun begitu, perkerjaan kita itu mestilah tidak melanggar perintah ALLAH SWT. Tinggalkan segala larangan ALLAH SWT dan lakukan segala perintah ALLAH SWT maka kita akan memperoleh rahmat dan keredhaan ALLAH SWT.

Persoalan yang kedua menyatakan bahawa apa bezanya kita dengan umat bukan Islam. Persoalan ini mungkin saya tidak panjang lebar dalam menerangkannya. Bezanya kita dgn umat bukan Islam ialah kita melakukan sesuatu perkara itu ikhlas dr hati kerana ALLAH SWT. Kita melakukan perkerjaan kita bukan utk manusia, bukan utk menunjuk, bukan juga utk nafsu kita dan bukan utk harta dunia, kita melakukannya kerana pencipta kita iaitu ALLAH SWT. Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH SWT. Kita mempunyai satu itikad yang sgt kukuh dan mantap. Tambahan pula, hal ini akan menghasilkan kerajinan yang luar biasa kerana kita melakukan sesuatu itu kerana ALLAH SWT. Persoalan ini sbnya ana lebih gemar utk saudara dan saudari utk memikirnya sendiri hehe. Ana harap pembaca akan memikirkan setiap persoalan yg ana timbulkan.

Persoalan yang ketiga itu iaitu Islam perlukan kita @ kita perlukan Islam? Satu persoalan yg amat menarik utk kita bincangkan. Pelbagai pendapat mungkin akan timbul dan antaranya Islam perlukan kita, kita perlukan Islam dan sama2 saling memerlukan. Mari kita lihat kembali sejarah atau sirah Islam. Sudah beberapa kaum telah ALLAH SWT musnahkan dan mengantikan dengan kaum yg lebih baik dr kaum2 yg terdahulu. Antara2 kaum yg telah dimusnahkan ialah kaum Nabi Lut, kaum Nabi Isa, . Apabila kita lihat perkara ini terfikirkah kita siapa perlukan siapa? Islam perlukan kita ke? Kita perlukan Islam?

Secara kasarnya beginilah, ALLAH SWT yang mempunyai nama Al-Jalil, Al-Qayyum, As-Samad, Al-Wali, Malikul-Mulk, Al-Baqi, Al-Matin, Al-Aziz, Al-Khaliq dan pelbagai lg nama sebanyak 99 Nama dan mempunyai 20 sifat wajib yg mana menghapuskan 20 sifat mustahil iaitu Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu lilhawadith, Qiamuhu binafsih, Wahdaniat, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama', Basar, Kalam, Kaunuhu qaadiran, Kaunuhu muriidan, Kaunuhu 'aliman, Kaunuhu hayyan, Kaunuhu sami'an, Kaunuhu basiiran dan Kaunuhu mutakalliman perlukah Dia yang menciptakan agama Islam kepada kita apabila kita engkar kepadaNya. Sesungguhnya ALLAH SWT tidak berkehendak sesuatu ke atas kita. ALLAH SWT tidakkan akan rugi bila kita menolak agamaNya dan Allah SWT teramat suka apabila kita memilih utk mengikutnya. Lihat kembali kepada sirah, sudah beberapa2 kaum yang ALLAH SWT musnahkan malah kaum Rasulullah SAW juga ALLAH SWT pernah menghantar Malaikat Penjaga Gunung utk mengikut apa sahaja perintah Rasulullah SWT termasuklah memusnahkan umat2 manusia yg engkar. Walaupun begitu sungguh mulia Rasulullah SAW, beliau tidak berniat begitu malah bersabda pengganti kaum2 itu iaitu anak2 mereka akan mengikut perintah ALLAH SWT. Sesuatu yg berharga bila kita x hargai maka benda itu akan hilang sendiri atau kita akan hilangkan benda itu.

Ana juga ingin membincangkan sebuah ayat dari surah Az-Zariyat iaitu Ayat 56. ALLAH SWT berfirman iaitu; "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu". Ayat ini amat perlu kita fahami secara mendalam. Dalam ayat ini ade menyatakan penafian dan penegasan. Ana hanya mampu utk menerangkan ayat ini secara kasar sahaja. Sekiranya pembaca mahu tahu lebih lanjut, pergilah mencari kitab tafsir Al-Quran dan berjumpa dgn Ilmuwan Islam. Okailah, ayat ini menerangkan bahawa ALLAH SWT tidak akan ciptakan manusia & jin melainkan semata2 beribadah kepada ALLAH SWT. Atas dasar inilah manusia dan jin diciptakan diatas muka bumi ini. Ini tujuan kita diciptakan dan tujuan hidup kita. Hidup ini adalah ibadah. Seperti mana yang ana cakapkan di atas iaitu ibadah itu bukan sekadar solat, puasa, pergi haji dan pelbagai lagi, ibadah akan terjadi apabila kita melakukan sesuatu perkara yg tidak melanggar syarak dengan meletakkan niat kita hanya kepada ALLAH SWT.

Kita bukan part-time tapi full-time Islam sampai akhir hayat kita. Kita perlu sedar bahawa Allah SWT itu Maha Mengetahui. Oleh itu, tidak Allah SWT ciptakan sesuatu tanpa ade kebaikan di dalamnya. Begitu hebatnya ciptaan ALLAH SWT. Kalu tidak percaya lihatlah diri sendiri. Pernahkan anda melakukan kebaikan walaupun sekecil habuk sekali pown? Semestinya ade dalam hidup manusia. Apabila kita mememahi ayat ini secara mendalam, maka kita akan ada tujuan hidup. Apabila kita mempunyai tujuan hidup, maka kita akan ade keyakinan diri utk menerusikan hidup ini. Ana disini ingin menyatakan pentingnya kita sebelum melakukan sesuatu perkara dengan menyanyakan kepada diri kita tentang tujuan kita dan sambil membetulkan niat kita. Apabila kita tahu tapi x sedar, maka akan susah utk kita bertindak malah apabila kita sedar tapi x hayati maka kita akan susah utk istiqomah. Sesungguhnya, kita mestilah tahu, sedar dan hayati sesuatu perkara maka kita akan berjaya. "Solatku, hidupku dan matiku hanya kerana ALLAH SWT", satu slogan yang perlu kita terapkan dalam hidup dan hati kita.

Oklah ana rasa sekadar ini sajalah okai. Banyak lg yg ana ingin kongsikan bersama-sama tapi ana rasa apa yg telah ana beri ini pown sudah berat dan banyak utk difikirkan. Ana mohon maaf sekiranya ade tersalah bahasa ke, kata ke, maklumat ke, atau apa2 pown la. Sesungguhnya yg baik dtg dr ALLAH SWT dan yang buruk dtg dr kekhilafan kita. Wasalam.

WALLAHUALAM

Sunday, January 10, 2010

9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam”

Siapakah org yg KEDEKUT?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang petikan ilmu ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain..

Sumber; http://avantz.blog.friendster.com/2009/05/9-sebab-sebab-hati-tidak-bahagia/

Thursday, January 7, 2010

BICARA IMAM GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua

Murid 2 : Guru

Murid 3 : Teman

Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali :Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita

ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185).


Soalan kedua

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 : Negeri Cina

Murid 2 : Bulan

Murid 3 : Matahari

Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, teta! p kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Soalan ketiga

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung

Murid 2 : Matahari

Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.


Soalan keempat

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja

Murid 2 : Besi

Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Soalan kelima

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas

Murid 2 : Angin

Murid 3 : Debu

Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '


Soalan keenam

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"

Sumber; http://ustazhanafi.blogspot.com/2010/01/bicara-imam-ghazali.html

Sunday, January 3, 2010

Mari Berzikir

Sempena tahun baru ini ana ingin mengajak semua orang utk duduk berkhalwat (menyepi diri utk beribadah kepada ALLAH SWT) sambil bermuasabah diri dan berzikir kepada ALLAH SWT. Mari kita sama2 mendengar dan membaca alunan zikir mengingati ALLAH SWT. Kita mulakan dengan bacaan bismillah;







Seterusnya kita membetulkan syadah atau akidah kita semula;









Marilah kita mengingat ALLAH SWT;













Marilah kita mengingat insan yang mulia membawa panji ALLAH SWT tanpa penat lelah iaitu Nabi Muhammad SAW;















Bermuasabahlah diri kita dengan berzikir keampunan;













Sesungguhnya untuk membersihkan hati kita hanya MAHA SUCI ALLAH SWT Yg MAHA BERKUASA;







Sentiasa basahkan lidah kita dengan zikirULLAH. Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH SWT hidup kita sentiasa dalam kebahagiaan dan ketenangan;











Seungguhnya kepada insan yg beruntung lahir sahaja dalam muslim dan memperoleh hidayah dengan mencari, janganlah kita membazirkan nikmat yang ALLAH SWT berikan kepada kita. Janganlah sehingga ALLAH SWT menarik nikmat itu semula. Marilah kita mengucapkan AlhamdulILLAH kerana kita seorg umat ISLAM;











Pelbagai zikir dan selawat yang boleh dijumpai. Apa yg ana susunkan ini hanyalah sedikit. Namun begitu, ananya guru pernah menyembut kepada ana bahawa jangan nak dikejar semua zikir nnt x dibuat semua. Biarlah berzikir dengan satu zikir tapi istiqamahnye kekal dan berkualiti zikir kita itu. Biar sampai menyerap ke dalam hati kita. Perkara ini lebih penting dari nak kumpul dan kejar semua zikir. Ana bukanlah pandai sangat dalam bab agama ini. Ana pown masih belajar. Namun begitu, Rasulullah SAW pernah bersabda bahwa sampaikan walaupun satu ayat. Oleh itu, ana ingin mengajak semua umat islam diluar sana utk menyampaikan dakwah secara kata2 ataupun dgn tingkah laku kita. Semoga kita berjaya didunia dan akhirat Marilah kita merenung potongan hadis & ayat dari surah pilhan;

"Tidak akan masuk Syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah daripada kesombongan" .

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177)

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana , maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (surah Ar-Ra’ad, ayat 11)

"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala ni'mat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa dari mendapat sebarang pertolongan". ( al-An’aam ayat 44)

"Diwajibkan atas kamu berperang, pada hal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."' (Al Baqarah : 216.)

WALLAHUALAM.

Sekian

Wasalam

Saturday, January 2, 2010

Masa Kini

Assalamualaikum semua. Akhirnya saya de masa utk menulis hehe. Saya rasa agak lame x update blog ini. Kemarau idea yang amat teruk haha. Akhirnya kita sudah menjejak alaf baru iaitu alaf 2010 dan tahun baru hijrah yg ke 1431. Dengan kesempatan yg ALLAH diberikan, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah dan Happy New Year (walaupun terlambat sowi haha) Ada apa ngan 2010 dan 1431? Mcm2 ade haha. Sedar x sedar umur kita semakin bertambah bukan berkurang. Sedarkah kita ttg kehidupan kita? Apa yg telah kita lakukan pada umur2 yg lepas? Biar alaf yg baru ini kita muasabah diri kita dan memperbaiki diri kita yang selalu alpa pd fitrah asal kita okai. Selama saya tidak menulis ini, saya terfikirkan pada awal saya menceburi bidang blogger. Apa tujuan saya menulis blog ini? Kenapa saya ingin menceburi bidang? Saya bermuhasabah diri sendiri. Saya teringat kata2 saya utk post yg pertama;


Akhirnya saya mendapat jawapan jugak. Tujuan saya menulis blog ini utk menyampaikan pelbagai perkara tentang hidup ini dan amar makruf nahi mungkar. Saya rasa saya menceburi bidang blogger ini kerana mungkin atas desakan jiwa yang ingin menulis dan menyampaikan. Oleh itu, saya terfikir utk melakukan perubahan kepada blog ini. InsyAllah sekiranya tiada halang utk saya melakukan perubahan ini dengan segera maka akan siap dengan segera. Saya sekarang agak sibuk sikit dengan pelajaran saya maka hasrat saya ini akan saya lakukan secara beransur-ansur. Saya rasa mungkin ade yg tertanya kenapa saya memilih nama blog ini sebagai Houkiboshi (Comet) malah mungkin de yg tergelak haha. Saya tidak kisah ttg hal itu. Saya nak citer sikit la ttg kisah2 lame hehe. Kisah ttg comet halley. Kalu nak tau ttg citer nye google it up ok. Oh sebelum saya habis menulis ni. Saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Abg Apai dan Miss Aini. Saya sungguh x sangka abg dgn miss pasangan couple hehe. Itulah dipanggil jodoh. Semoga ALLAH memberkati dan meredhai perkahwinan mereka Amin.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Guided Ways

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Looking for Ways of Life

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com