Wednesday, August 5, 2009

Hidup Hari Ini!

Salam semua hari ini saya sungguh bosan haha saya sekarang ni ade di cyber cafe di gmi. Dua hari iaitu hari isnin dann hari ini kelas habis awal dan tiada kelas. Banyak masa untuk saya siapkan kerja tanpa perlu buat di rumah haha. Kawan saya Hafiz dari minggu lepas dia ingin bertanyakan sesuatu kepada saya tapi sampai sekarang die masih x tanya soalan dia kat saya. Wei Hafiz cepat ah tanya! Ku x sabar nak tahu apa yg ko nak tanyakan kat aku! Haha!(Kalau die dengarla haha). Saya nak ajak semua pembaca pada sabtu ini akan diadakan satu forum yang tajuk agak menarik dengan membincangkan bab cinta. Tajuknya iaitu Monyetnya Cinta Kita. Monyetkah kita? "Jangan Marah! Haha!".

Oklah forum ini bakal menampilkan penceramah dan motivator hebat iaitu:

1. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Penulis 'bestseller book' bertajuk 'Aku Terima Nikahnya'. Nama beliau tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia khususnya mahasiswa dan ibu bapa. Selain mempunyai syarikat konsultansi sendiri, Ustaz Hasrizal merupakan:

* Penulis blog saifulislam.com
* Kolumnis di pelbagai majalah seperti Majalah i dan ANIS
* Penceramah bebas yang pakar dalam topik percintaan serta kekeluargaan


2. Firdaus Djamaris

Beliau merupakan trainer ESQ Training Mahasiswa dan Remaja. Selain berpengalaman luas bersama remaja dan mahasiswa, beliau juga merupakan graduan Ekonomi dari salah sebuah universiti terkenal di Indonesia.

Lebih sinonim dengan panggilan Pak Firdaus, kini beliau merupakan penasihat untuk Ikatan Silaturrahmi Mahasiswa (ISIS); sebuah organisasi yang mengumpulkan golongan remaja dan mahasiswa yang telah menjadi alumni ESQ Training.


3. Ustaz Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi

Ustaz Zahir merupakan salah seorang penasihat iLuvislam.com. Beliau mula dikenali ramai dengan sebuah artikel yang diterbitkan di iLuvislam.com yang bertajuk 'Jodoh.' Selain itu beliau kerap memberikan ceramah di IPTA dan acapkali menyentuh permasalah remaja dalam bab cinta.

Beliau pernah 'putus cinta' semasa zaman bujangnya dan pengalaman berharga itu dirasakan amat penting untuk dikongsi bersama anda semua sebagai teladan dan sempadan.

So kepada sesiapa yang berminat utk join boleh la mendapatkan maklumat di http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1812 ok.

Ini iklannya ok!


Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut Berkenaan Program

No comments:

Guided Ways

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Looking for Ways of Life

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com