Assalamualaikum pada 8 haribulan 3 tahun 2009 bersamaan dgn 11 Rabi Al-Awwal 1430 di Astro Oasis, saya telah menonton sebuah rancangan bertajuk 4 Sifat-sifat Rasulullah SAW oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah bersama dengan 3 org penyanyi nasyid (saya x berapa ingat nama diorang). Saya hanya akan sebut amalan harian Rasulullah SAW yg di sebut dalam rancangan itu.
Amalan harian yg disebutkan ialah;
1)Mengunyah makanan sebanyak 40 kali
2)Mengambil dan menyuapkan makanan dengan menggunakan tiga jari
3)Makan buah @ benda manis (dessert) dahulu sebelum makan makanan utama
4)Makan makanan secara bertalam
5)Membaca beberapa surah sblm tidur spt Surah Al-Kaafirun, Surah At-Thakasur dsb (amalan sy ialah Surah Al-Fatihah, 3 kul, Ayat Kursi dan berdoa)
6)Cara tidur Rasulullah SAW ialah mengiring ke sebelah kanan dan telapak tangan kanan di
bawah pipi.
7) Bangun dari tidur perlulah membaca doa, mengambil wuduk dan melakukan solat sunat dua
rakaat. (Hal ini kerana supaya tiga ikatan yg syaitan telah lakukan terhadap kita semasa
tidur akan terlerai)
8)Buang air kecil perlulah duduk dan berdehem 3 kali selepas membuang air kecil.
9)Amalan pergi ke tandas perlulah menutup kepala dan membaca doa sebelum masuk dan
sebelum keluar tandas.
10)Semasa mandi, Rasulullah SAW akan menggunakan kain basahan menutup kemaluan dan
membasahkan hujung kaki dulu sehingga kepala.
P.S. Di sini saya sediakan doa sebelum tidur dan selepas tidur serta doa sebelum masuk tandas dan doa keluar tandas
Doa sebelum tidur
Doa ketika bangun tidur
Doa sebelum masuk tandas
Doa selepas masuk tandas
Sesungguhnya yang baik hanya datang dari Allah SWT dan yang buruk hanya datang dari manusia itu.
No comments:
Post a Comment