Saturday, March 21, 2009

Terkejut!?

Assalamualaikum. Letih sungguh bila mambaca surat khabar hari ini. Pelbagai kes jenayah semakin meningkat semenjak ini. Saya selalu bertanya pada diri saya "Adakah mereka ini takut melakukan jenayah?", "Adakah mereka ini tidak percayakan Allah SWT?" dan "Adakah mereka ingat mereka ini adalah Tuhan dan tidak takut akan seksanya azab Illahi?". Manusia sekarang ini sudah hilang perasaan takut yang menyelamatkan diri mereka sendiri. Saya sungguh sedih bila saya membaca surat khabar mengenai kes Fritzl. Saya sungguh pilu bila mengingatkan kes ini. Orang yg dianggap sebagai perlindung kita di dunia yang fana telah menghancurkan masa depan kita. Orang harapan kita yang digambar oleh Allahyarham Sudirman dalam lagu Ayah Dan Ibu, begitulah sepatutnya tingkah laku mereka terhadap anak-anak mereka.

Ayah Dan Ibu



Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Namun dalam kes Fritzl ini, Fritzl telah menghancurkan harapan anak perempuannya terhadap dia sebagai seorang ayah. Dia telah mengurung anaknya bernama Elisabeth di bilik bawah tanah dan dia telah merogol anaknya itu sebanyak 3000 kali. Oleh itu, Elisabeth telah melahirkan 7 orang anak atas sumbang mahram ini dan hanya 6 sajer yang masih hidup. Sekiranya ingin mengetahui selebih lanjut tentang kes ini boleh kita tanya pada Uncle Wiki kita (Wikipedia) atau pown tanya kepada Syeikh Google atau Encik Yahoo." click here for the case on wikipedia"

Sekarang ini pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada dia. Namun begitu, pada pendapat saya kes begini akan berulang kembali sekiranya tidak menjalankan hukum hudud. Saya akan menyiarkan satu artikel mengenai hukum hudud ini. Baca dahulu artikel sebelum mengkritik saya kerana saya menyokong hukum hudud ini. Sila baca di bawah untuk mengetahui tentang hukuman yg dijatuhkan kepada binatang bernama Fritzl.



Fritzl ditahan di wad psikiatrik seumur hidup


Bapa sumbang mahram tidak rayu hukuman

ST POELTEN: Juri mahkamah Austria mengarahkan Josef Fritzl ditahan di wad psikiatrik seumur hidup atas kesalahan sumbang mahram, bunuh, perhambaan, rogol dan dakwaan lain berpunca daripada perbuatannya mengurung dan memperkosa anak perempuannya sendiri selama 24 tahun hingga mendapat tujuh lagi anak.

Lelaki berusia 73 tahun itu kelihatan tenang dan memandang ke lantai ketika hukuman ke atasnya dibaca. Fritzl kemudian memberitahu mahkamah bahawa dia menerima keputusan itu dan melepaskan haknya untuk merayu hukuman.

Keputusan itu menamatkan secara dramatik kes yang menarik perhatian masyarakat antarabangsa.

“Saya amat kesal...saya tidak lagi dapat mengatakan perbuatan saya tidak salah,” kata Fritzl, beberapa jam sebelum keputusan itu diumumkan.

Jurucakap mahkamah, Franz Cutka berkata, Fritzl akan ditahan di sebuah wad psikiatrik untuk penjenayah sakit jiwa.

Dakwaan bunuh yang disebut sebagai ‘membunuh menerusi kecuaian’ adalah tuduhan paling serius ke atas tertuduh dan juri mengenakan hukuman maksimum berdasarkan undang-undang.

Pegawai berkata, Fritzl tidak layak untuk parol selama 15 tahun. Selain itu, pakar pskiatrik juga perlu bersetuju dengan sebarang keputusan membebaskannya. Fritzl juga perlu membayar kos perbicaraan. Tempoh parol itu juga mengambil kira penahanannya selama 11 bulan.

Dakwaan lain termasuk mengurung atas sebab palsu dan paksaan. Fritzl mengubah pendirian dan mengaku bersalah, kelmarin, atas semua dakwaan ke atasnya selepas mahkamah mendengar keterangan menerusi video anak tertuduh, Elisabeth, selama 11 jam, mangsa yang dikunci dalam bilik bawah tanah sejak berusia 18 tahun.

Kejutan berlaku apabila Elisabeth muncul di mahkamah ketika juri menonton keterangannya pada Isnin dan Selasa lalu.

Peguam bela Fritzl, Rudolf Mayer, berkata Fritzl memutuskan untuk tidak mencabar tuduhan bunuh dan perhambaan selepas turut menonton video itu.

Pendakwa raya, Christiane Burkheiser menggesa hukuman maksimum dikenakan ketika membuat penggulungan dengan menggesa juri memikirkan pengalaman buruk anak tertuduh selama hampir suku abad ketika menimbang tempoh penahanan terhadap Fritzl.

“Jangan ditipu seperti Elizabeth selama 24 tahun,” katanya. Elisabeth yang kini berusia 42 tahun dan enam anaknya yang masih hidup berumur enam hingga 20 tahun, menghabiskan masa berbulan-bulan untuk rawatan psikiatrik di sebuah lokasi sulit.

Pendakwa menyifatkan mangsa sebagai seorang wanita yang putus asa kerana dirogol berulang kali, ada kalanya di depan anak sendiri. – AP

Berita ini telah diambil dari Berita Harian di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Dunia/20090320081609/Article/indexworld_html

Marilah kita merenung maksud ayat Al-Quran ini;

“(Mereka diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firman-Nya): “Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh.(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu, dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan” [al-Dzukhruf 43: 68-70]

Ya Allah Ya Tuhanku Ya Rab. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kami Nabi Muhammad SAW. Ku bermohon kepadaMu dalam hati yang takut akan azabMu, Ku bermohon agar Engkau menjauhkan diri kami dari hasutan syaitan yang direjam dan ku berlindung dengan Engkau dari tipu daya syaitan, jin dan manusia. Kurniakan kami dengan taqwa yang teguh dan iman yang takkan pudar. Amiin

No comments:

Guided Ways

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Looking for Ways of Life

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com