Monday, October 5, 2009

Sudah Lama Tak Update

Salam semua sy rasa agak lame sy dah x menulis dlm blog ini. Keadaan tidak mengizinkan sy utk memberikan masa meng"update" blog ini. Biasalah bila sudah masuk kolej banyak sgt assignment haha. Hr ini sudah ketiga minggu kita meninggalkan bulan ramadhan yg mulia. Sy ingin mengajak semua agar sentiasa beristiqomah dengan amalan sunat kite yg kite lakukan dlm ramadhan supaya diamalkan sentiasa hingga panggilan Ya Rabbi iaitu permutus kelazatan dunia, kematian.

Firman Allah Ta'ala (al Sajdah:32:11)
"Katakanlah: 'Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikan kamu, kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan."

Firman Allah Ta'ala (ali Imran:3:185)
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahala kamu."

Firman Allah Ta'ala (al Zumar:39:30)
"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula)."

Firman Allah Ta'ala (al Anbiya':21:34)
"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?"

Firman Allah Ta'ala (al Rahmaan:55:26)
"Semua yang ada di bumi itu akan binasa"

Firman Allah Ta'ala (al Qasas:28:88)
"...Tiap-tiap sesuatu pasti binasa kecuali wajahNya (Allah). BagiNyalah segala penentuan, dan hanya kepadaNyalah kamu dikembalikan."

Firman Allah Ta'ala (al Furqan:25:58)
"Dan bertqwalah kepada Allah Yang Hidup (Kekal) yang tidak mati, dan bertasbilah dengan memujiNya..."

Mati itu pasti, Mengingat mati itu wajib.

Kita perlu sedar akan nyawa kita yg pendek. Tak kira bila2 masa sahaja Allah SWT akan tarik nyawa kita. Mati itu adalah satu perkara yg ghaib sbb kita x nampak mati itu sendiri. Sebagai seorg yg beriman kita perlu sentiasa mempercayai akan perkara ghaib.

Firman Allah SWT (al Baqarah:02: 01-05)
"Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) berTAQWA; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya."

Pembaca2 mungkin akan bertanya kenapa saya mem"bold"kan perkataan Taqwa. Taqwa! Apa itu Taqwa. Di dalam Al Quran, Allah SWT berulang2 kali menyebut tentang Taqwa. Allah SWT mengambarkan gol. Taqwa ini sebagai org yg berilmu, org yg celik, org yg hidup dan pelbagai lagi yg bersifat baek. Ok sy rase cukup sekadar ini sy bincangkan ttg Taqwa. InsyALLAH di artikel yg laen nnt sy akan bincang lebih mendalam dlm ttg Taqwa. Sesungguhnya dr Allah SWT semua kebaikan.

Sy ade sedikit pantun, nak kata pantun x macam pantun paper jerla;

Lisan kadang2 x terjaga,
Janji kadang2 terabai,
hati kadang2 berprasangka,
Sikap kadang2 menyakitkan,
Biasalah itulah dinamakan manusia,
Hidup ini akan menjadi indah
Selagi kasih dan bermaafan wujud di hati kita.
Salam Eid Mubarak.
Taqabbalahu minna wa minkum.

Wallahualam, Yang Baik Dtg Dr Allah Yang Buruk Dtg Dr Kekhilafan Manusia.

No comments:

Guided Ways

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Looking for Ways of Life

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com