> 1. SURAH AL-FATIHAH
>
> Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti
> dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah
> An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada
> gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak
> 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya
> dengan izin Allah s.w.t.
>
> Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17
> kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
>
> 2. SURAH YAASIN
>
> Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap
> sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin
> iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin,
> nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali
> membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari
> Anas r.a.)
>
> Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di
> dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum),
> yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat,
> menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun
> akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan
> dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah
> kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata
> mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan
> dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
>
> Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita
> dari kehausan di hari KIAMAT.
>
> 3. SURAH AT-DHUHAN
>
> Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru
> hara di Padang Mahsyar.
>
> 4. SURAH AL-WAQI’AH
>
> Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang
> mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam,
> insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang
> membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan
> selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap
> lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki
> yang banyak.
>
> Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah
> Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat
> 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati,
> niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga
> kita. Minumlah air itu. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah :
> “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka
> dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa
> dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya
> serta yang sebaya dengan umurnya.
>
>
> 5. SURAH AL-KHAUTHAR
>
> Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali,
> maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan
> kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas
> solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat
> Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
>
> 6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
>
> Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya
> seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari
> syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa
> yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
>
> Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta
> membersihkan kotoran dalam diri kita.
>
> 7. SURAH AL-MULK
>
> Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai
> fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan
> membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka
> yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat
> dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap
> malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..
>
>
> 8. SURAH AL-IKHLAS
>
> Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan
> baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
>
> “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu
> Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya
> tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila
> mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w.
> sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali
> sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an
> keseluruhannya.”
>
> Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
> “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak
> meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka
> Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
>
> Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah
> Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang
> membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia
> akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang
> sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian
> hari kiamat.”
>
> 9. SURAH AL-FALAQ
>
> Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada
> setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah
> Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada
> kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan
> kepala.
>
> Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau
> manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas
> sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari
> berturut-turut.
>
> Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut
> dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia,
> bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
>
>
> 10. SURAH AN-NAS
>
>
> Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam
> Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang
> kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini
> termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah
> bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari
> godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun
> jin.
>
> Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
No comments:
Post a Comment