Saturday, April 25, 2009

Suatu hari di KLIBF

Assalamualaikum semua. Minggu ini merupakan minggu yang amat menyeronokan saya. Hal ini kerana saya telah melawat "Kuala Lumpur International Book Fair 2009". Saya sungguh bersyukur dapat pergi ke sana. Pelbagai syarikat telah mengambil bahagian dalam KLIBF 2009. Antaranya Hijjaz Records Sdn Bhd, Jabatan Mufti Kerajaan Brunei DS, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, Dakwah Corner Bookstore, Penerbitan Pelangi Sdn Bhd dan pelbagai lagi. Kalau mahu tau lagi syarikat2 yang telah mengambil bahagian click sini. KLIBF ini akan berakhir pada 26 haribulan ini bersamaan dengan 30 Rabi Al-Akhar 1430. Saya rasa x sabar nak tunggu lagi pameran buku yang 2010 nyer lak haha. Tujuan saya menulis hal ini kerana saya ingin melahirkan perasaan yang gembira kerana pameran ini di penuhi dengan pelbagai bangsa tak kira umur. Hal ini menunjukkan bahawa negara kite masih dalam perpaduan yang kukuh. Hal ini menyangkal segala apa yang telah dikatakan oleh pihak media massa. Ini hanyalah sekadar pendapat orang yang daif ilmunya. Selain itu saya juga nak perkenalkan satu pendakwah yang bagi saya cara dakwahnya yang amat menarik bagi saya. Namanya ialah Khalid Yasin. Saya mendapat tahu tentang Khalid Yasin dari KLIBF kerana salah satu dari syarikat yang ade di KLIBF ade menjual dvd tentang ceramahnya. Syarikat itu ialah Dakwah Corner Bookstore. Saya akan terangkan secara ringkas tentang Khalid Yasin yang saya ambil dari wikipedia dan click sini untuk keseluruhan.

Khalid Yasin

Khalid Yasin (also known as 'Abu Muhammad' [1], 'Abu Muhammad Khalid Yasin' [2]) and 'Abu Muhammad, Khalid Yasin' [3], born in the 1950s [4] in Brooklyn, New York, is a teacher and lecturer of Islam.
Yasin lives and operates a "Da'wah" organization in Manchester, England. He founded, directed and ran the Islamic Broadcasting Corporation and The Purpose of Life Centre on Shirecliffe Lane, Sheffield (closed down around September 2008) which is accused of fraud.[5]. The organization was formerly known as the Islamic Teaching Institute (ITI) and the Islamic Information Network Ltd. The organisation has now re-located in Manchester.

Salah satu ceramahnya;



Saya harap anda pown terhibur dengan ceramah Khalid Yasin dan mendapat ilmu dari ceramahnya. Yang baik datang dari Allah SWT, Yang buruk itu datang dari kesilapan manusia. 

Sekadar renungan;

Yaa, Siin. Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh. 
(Surah Yasin: Ayat 1-2)

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Surah Ali-Imran: Ayat 104)

No comments:

Guided Ways

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Looking for Ways of Life

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com