Sunday, April 26, 2009

Jawapan!? Mungkin....

Assalamualaikum semua pada post yang lepas saya ade mengeluarkan artikel atau berita tentang keputusan kabinet iaitu "Anak ikut agama asal ibu bapa". Saya rasa begitu kesal dengan tindakan kabinet. Hal ini kerana mereka tidak mengikut hukum syarak Islam. Saya ade terbaca dua artikel mengenai keputusan kabinet ini.

Artikel pertama yang saya baca ditulis oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Sdr Zulkifli Nordin dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com/ menulis;

"Saya tidak pasti samada kabinet telah benar-benar diberi penerangan tentang kedudukan Perlembagaan dan keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes berkaitan. Kerana adalah jelas keputusan kabinet tersebut jelas bercanggah dengan Perlembagaan dan bertentangan dengan keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan sendiri."


Artikel kedua yang saya baca ditulis oleh Ustaz Nasrudin Tantawi dalam blognya http://episodeperjuangan.blogspot.com/ menulis tentang draf cadangan penyelesaian isu Mohd Ridzuan Abdullah dan keluarga. Isu yang dibincangkan ialah;
  1. Status agama tiga orang anak beliau [ iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun). ]
  2. Hak penjagaan anak.
  3. Status perkahwinan selepas pengislaman.

Sambungan kepada artikel Ustaz Nasrudin Tantawi ialah di http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/04/agama-anak-dan-hak-penjagaannya.html

Sekadar renungan;

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
(Surah Sad: Ayat 29)

No comments:

Guided Ways

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Looking for Ways of Life

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com