Wednesday, February 11, 2009

Sebelum masa tidur

Aduss! saya amat terasa dgn keadaan media massa Malaysia sekarang ini. Saya begitu kesal apabila saya terbaca dlm satu artikel yg bertajuk "TV3 (Nona) Mempromosikan Transeksual".  Adakah media massa Malaysia bermasalah atau orang yg menguruskan media massa ni bermasalah? Pada pendapat saya bukan la media massa tu yg bermasalah tapi org yg menguruskannya yang bermasalah sebenarnya iaitu dlm mengenal mana yg Hak dan Bathil. Apa2 pown sekiranya artikel ini salah kerana saya tidak menonton rancangan Nona anggap ini sebagai satu pedoman bagi kita. Namun begitu, saya tidak menyatakan penulis artikel ini salah atau berbohong sebab saya sendiri tidak melihatnya dan saya tidak mahu membawa masalah yg dikatakan oleh kerajaan kite sebagai satu hasutan. Oleh itu, saya berharap agar pembaca jgnlah menilai artikel ni sama ada salah atau betul, menilailah dari segi ilmunya dan pengisiannya. Artikel ini saya telah jumpa di http://islamreturn.blogspot.com/2009/02/tv3-mempromosi-transeksual.html.
Artikelnya berbunyi begini;

Segmen Pengacara Jemputan Nona: Evolusi Tarian

Program NONA pada 8hb baru-baru ini telah memaparkan satu segmen berkaitan dengan evolusi tarian. Pada mulanya segmen tersebut memaparkan tarian makyong yang menunjukan para penari perempuan yang berlenggang lenggok. Penulis tidak berhajat untuk mengulas tarian makyong, para pembaca boleh merujuk tentang ’MakYong’ di http://ms.wikipedia.org/wiki/Mak_Yong.

Setelah itu paparan evolusi tersebut diteruskan dengan satu tarian terkini yang dipanggil 'Paper Doll Dance'. Menurut pengacara jemputan tersebut, tarian ini bermula pada tahun 70an lagi dan berkembang pesat pada akhir 90an. Sedutan persembahan tarian tersebut diambil dari satu majlis hari jadi seorang anak kenamaan yang beragama Islam ketika menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-16. Apa yang mengejutkan, penari-penari tarian ini terdiri daripada golongan transeksual (tukar jantina) dan mereka ini beragama Islam.

tarian ala 'tiger show'

Golongan ini berpakaian seksi dan membuat persembahan tarian yang tidak sopan dan menghairahkan. Semasa diwawancara, salah seorang daripada penari tersebut menyatakan bahawa mereka sebenarnya telah banyak membuat persembahan di luar negara, seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Eropah. Penari itu menyatakan bahawa, tarian ini tidak salah dan tidak boleh dianggap tidak bermoral kerana tarian ini hanyalah sekadar hiburan. Malah mereka juga sedih kerana telah terlalu lama mereka didiskriminasikan oleh masyarakat. Mereka berharap dengan tarian ini dapat membuka peluang mereka untuk bersama-sama berada di dalam masyarakat tanpa disisihkan.


Apa yang menyedihkan, pengacara Nona tersebut telah membuat kesimpulan bahawa tarian ini hanyalah sekadar untuk memeriahkan seni tarian agar lebih berwarna warni. Beliau juga menyarankan kepada penonton agar jangan takut untuk mencuba dan anggaplah ianya sebagai hiburan semata-masa. Penulis dan isteri yang menyaksikan segmen tersebut berasa amat kecewa dengan rancangan NONA yang telah bersekongkol mempromosikan golongan transeksual, walaupun ianya jelas bercanggah dengan ajaran agama Islam dan tatasusila masyarakat Malaysia.

No comments:

Guided Ways

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Looking for Ways of Life

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com